Saturday, January 29, 2011

HIJABKU DI TANGANMU -EPISOD 4-

salam..
new entry...hope u like it...

Aku mula dengar bilik sebelah aku,ada wanita sedang mengerang kesakitan...MasyaAllah....aku dah mula senak ni.Ya Allah,bantu tenangkan aku...bisik hati kecilku..


       macamana pulak boleh due date ni awal seminggu? ya Ar-Rahman,ya Rahim...sungguh,betul kata makcik,even umi sendiri,saat melahirkan bayi sulong ini sangat mencemaskan,dan sakit.Sementara menunggu bukaan mencapai 10cm.aku cuba teknik penafasan yang aku pelajari semasa menuntut di Bangelore dulu. Akhirnya,berkat kesabaran dan penat jerih aku meneran seperti yang telah di nasihatkan oleh Dr.Meghana,aku berjaya melahirkan bayi laki-laki.Penat aku selama 1 jam dalam labour room betul-betul hilang di telan bumi setelah melihat bayi yang aku kandung selama ini menangis tanda kemenangannya menghirup udara dan sah menjadi khalifah yang seterusnya buat aku dan Shaifullah..zuriat ini penyambung kasih sayang kami berdua..

      setelah bayi aku di letak dalam bilik khas,aku di suruh berehat oleh nurse-nurse yang bertugas. semua kelengkapan dan pengurusan sungguh memuaskan hati.Sementara menunggu Shaifullah datang untuk membawaku pulang.dalam sunyi,aku terus lelap....Jam meniti jam 6 petang,Shaifullah kelihatan tercungap-cungap mendapatkan Sumaiyah yang lena.Di usap dahi Sumaiyah dengan penuh kasih sayang,lalu 1 kucupan singgah di dahi Sumaiyah.tersedar Sumaiyah,terkejut.Senyuman manis yang terukir di bibir Shaifullah sungguh mendamaikan hatinya."sayang,this is for you". Bunga ros merah menjadi hadiah tanda cinta Shaifullah untuk ku...OMG,so sweet! jerit hatiku,tapi dengan senyuman dan ucapan terima kasih sahaja dapat aku ungkap buat masa ini,mungkin mood aku sedikit terganggu dengan kepenatan melahirkan bayi.

       Sebelum beredar menggunakan 'wheel chair',Shaifullah mengucapkan kalimah syukur dan di situ juga dia sujud syukur atas kelahiran bayi kami.lalu,di azankan di telinga bayi kami.aku sebak,hanya air mata dapat mengambar betapa hatiku sungguh gembira pada hari ni,tanggal 13 Mac 2010.Kami mendapat bayi yang sangat kami nanti-nantikan.Alhamdulillah.Kuat betul Shaifullah,dia angkat aku ke dalam kereta,dan setibanya di rumah dia mengangkat aku hingga ke katil.bayi laki-laki kami masih tidak di letakkan nama.tanpa sedikit pun mengeluh penat selepas pulang dari kerja,Shaifullah bingkas bangun dan terus ke dapur untuk menyediakan makan malam.Sementara itu,dia terus mencapai tuala mandi,dan membasahakan kain untuk di lap ke badan ku,ekoran aku tak terdaya untuk ke kamar mandi.usai dengan menguruskan aku mandi,cepat-cepat Shaifullah menghidangkan bubur nasi dan air suam untukku.

       "Abang dah solat Asar?",tanyaku sambil wajah Shaifullah aku tatap dengan senyuman.Dia menggelengkan kepala." Apa kata,abang pergi mandi dulu dan kemudian solat.Ayang tahu la nak suap mulut sendiri ni.hehe.Solat lagi penting dari ayang.Abang doa semoga kita di berkati dan syukur atas nikmat kurnia ni.Lepas abang solat,kita letak nama baby kita ni,ok?",pujuk ku.Mungkin kerana risaukan keadaan aku yang dalam berpantang,terus Shaifullah terlupa.sekali lagi,suami ku yang pendiam lagi comel ini mengucup manja dahiku."terima kasih sebab ingatkan abang.i love you".Lalu dia bingkas bangun dan terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan terus solat.Sementara itu,aku menyusukan bayi kami.meskipun ada sedikit 'shock' dengan pengalaman menyusukan bayi,aku cuba lalui juga.it's new and fun being a new mother today. huhuuu...bila bayi kecilku ini menyusu,haus betul dia minum,kadang kala rasa ngilu bila sekitar arola itu di sedut.hehehe..maklumlah susu badan dah bertemu 'tuan' punya susu...jadi,susu memang patut keluar,terasa sedikit pedih.aku terhibur melihat keletah bayiku yang akhirnya hanyut di buai mimpi.

      Usai Shaifullah solat,dia terus berada di sampingku di atas katil.Lalu aku pinta dia meletakkan bayi kami di katil bayi yang kami beli 2 bulan lalu."sayang,thank you for this baby.I really appreciate it." "thank you for you too abang.Hmm,abang,kita nak letak  nama anak kita ni apa ya? Abang tak register nama baby lagi kan?? any idea sayang?". "ikut suka Sumaiyah la,abang follow je"."okey fine,i want we both create the name for our baby.Jangan nak mengada,cubit kang" kataku sedikit geram."okey-okey.jangan la marah ayang uii.abang prefer nama bayi laki kita letak nama awalannya Abdul means hambanya"."okey,sound nice.okey i pick one of 99 names of Allah.What should i put ya?Hmmm...Rahman?"."okey juga,Hambanya Yang Pengasih".Tengku Abdul Rahman bin Tengku Muhammad Shaifullah tela di pilih untuk bayi kami.Semoga dia menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama.

       "abang makan lah dulu,mesti abang laparkan??". tiba-tiba muka Shaifullah berubah."dah isteri abang tak sihat,abang tak selera nak makan lah.rindu nak makan masakan isteri" senyum Shaifullah."haiyo,mengada-ngada betul"..huhu...sempat juga aku bergurau senda dengan Shaifullah.serius aku rindu saat bersama dengannya di waktu terluang memandangkan kami sibuk dengan jadual 'on call' kami..

       khabarnya dari Shaifullah yang mama dan papa serta umi dan abi akan datang ke rumah esok. MasyaAllah,bertambah bahagia aku di buatnya.ada juga yang sudi nak menziarah dan membantu aku. Kebetulan esok sabtu.umi dan abi cuti,mama dan papa pun punya kelapangan waktu untuk melihat cucu mereka.pasti riuh,belum campur adik beradik Shaifullah yang lainAdik-adik Shaifullah,Saiffudin,Sarah,Shariff dan kakak iparku Soraya.Semuanya tengku-tengku...akhirnya aku terlelap di sisi Shaifullah ketika leka berbual tadi.huhu..aku penat,aku harap Shaifullah faham."abang,maafkan ayang.kerana tak dapat teman abang untuk berbual panjang.kepenatan ini sangat-sangat tak dapat di elakkan."



to be continue........................................


 p/s: rekaan semata-mata.hak cipta terpelihara.


love,
IMSnovelis

Wednesday, January 26, 2011

HIJABKU DI TANGANMU -EPISOD 3-

hari ini,aku bersendirian di rumah,sambil sarapan pagi.....cepat2,aku sisir lengan baju...mengutip baju ktor untuk di basuh. siap aku kemas dan biarkan mesin basuh melunaskn tangunjawabnya,aku terus mengambil penyapu menyapu rumah.  aku sengaja biarkan TV terpasang,sukarang-kurangya peneman diri,di saat Shafullah tiada. Shaifullah kerja hari ini,aku dapat hari offday ku hari ini.jadi,tak dapatlah bermesra dan bermanja dengan Shaifullah.hehe...usai kerja-kerja rumah,aku terus duduk di hadapan TV,menonton rancangan masakan di TV. tengok aje  rancangan masak,tapi aku tiada momentum pulak untuk ke dapur da masak. sakit perutku,mungkin penat berkerja kemas rumah agaknya...namun,aku biarkan aja..malas melayan sakit sikit-sikit ni.

sedang leka aku menonton TV,aku dapat rasakan seluar tidur yang aku pakai seperti di siram air suam-suam kuku.... aku terkencing dalam seluar kah? tapi,tak bau hancing pun.hesh!
masyaAllah!!! air ketuban aku pecah dan sedikit darah di seluar putih yang aku pakai....setahu aku,kurang 3 minggu lagi baru due untuk aku lahirkan bayi....aku gagahkan diri ambil talifon bimbit dan wallet di meja seblah TV. aku capai kunci kerata Honda kesayanganku.sebelum aku mula rasa sakit yang melampau,baik aku pandu laju kereta terus ke klinik. aku yakin shafuillah mesti sedang handlekan kes-kes di wad ortopediknya....aku sempat sms Shafuillah "SALAM,SAYANG. SAYANG,I RASA AIR KETUBAN I PECAH.BUT DONT WORRY,I CAN HANDLE ON MYSELF..I BAWAK KERETA UNTUK KE KLINIK NEAR RUMAH.RELAX OKEY,NOTHING TO WORRY..hehee"

boleh pulak aku SMS Shafuillah macam itu. jam tepat 11 pagi. setelah remote pintu pagar automatic aku tekan,dan pintu rumah aku kunci...aku tekan laju pedal kereta untuk ke klinik bersalin yang masa perjalanan kurang 10 minit dari rumah.ya Allah,10 minit memandu aku rasa sakit sungguh pinggangku ini...hanya Allah sahaja yang tahu.aku lihat air ketuban keluar sedikit demi sedikt,sama macam keadaan di rumah tadi.aku mula mengucap panjang,berzikir-zikir.....tiba di hadapan pintu klinik,aku mula nak pitam.aku naik tangga pelahan-lahan...sampai di kaunter klinik,dengan mengahnya aku buat pendaftaran "SALAMUALAIKUM,SAYA PUAN SUMAIYAH.SAYA RASA SAYA NAK BERSALIN SEKARANG.AIR KETUBAN SAYA DAH PECAH.BOLEH DAFTAR LEPAS NI TAK,NOW SAYA RASA SAKIT SANGAT."  nurse di kaunter kaget..."DIK,CEPAT SIKIT BOLEH  TAK? JANGAN TENGOK AKAK MACAM ITU.AKAK TAK LARAT BERDIRI LAMA-LAMA NI." geram aku,bila nurse itu ingat aku main-main agaknya...dah tu,bole die buat muka trkejut tanpa tindakan...mana leh pergi adernaline dalam badan budak ni,rungut hati aku....terus,dia berlari ke bilik kecemasan,memanggil Dr.Meghana untuk menguruskan proses kelahiran....aku di bantu beberapa orang nurse ke labour room.....ya Allah ,nak berjalan 2 meter pun,aku rasa mahu tercabut kaki...

aku di tenangkan oleh Dr.Meghana...."sabar ye puan,tarik nafas dalam-dalam...puan sumaiyah,boleh jalan-jalan dulu. bukaan pintu faraj baru 5cm.saya hanya dapat nasihatkan agar puan tunggusehingga bukaan faraj mencecah 10cm. probably it's take 10 to 15 min to go..aku tak banyak kata,sebab aku faham.aku pun seperti dia,doktor! aku mengucap.
kedengaran deringan talifon,ku lihat di screen nama Shaifullah...opss,laaa...aku tak nak dia risau.re;ax la..tak da benda nak risau...dengan berpura-pura tahan sakit,aku angkat panggilan talifon Shafuillah.. "Ayang! MasyaAllah,kat mana tu? abang otw ke sana...abang baru minta EL dari pengarah.Less 20 min i will be there! wait for me Sumaiyah.bertahan,ayang kuat..okie?".....alololo,comelnye suami aku ni,siap kasi kata-kata semangat lagi.dah lupa terus nak bagi salam.....hehe..
"eh,takda apa sangat la abang,..,sakit biasa-biasa aje...masyaAllah,abang mintak EL? huhu...now bukaan pintu faraj baru 5cm.kalau sempat,abang dapat tengok ayang lahirkan anak kita,insyaAllah.."..."sure honey..i try my best,okie bye wasalam."

aku masih keliling sekitar bilik untuk mudahkan proses melahirkan bayi ni.terasa sakit belakang pinggang.....ya Allah, sesungguhnya aku mohon Kau lindungi bayiku ini.....Shafuillah sayang,cepat lah sampai...i tak tahan ni....sakitnya....rayu hati aku...................


to be continue...

p/s: rekaan semata-mata.hakcipta terpelihara penulis.


love,
IMSnovelis

HIJABKU DI TANGANMU -EPISOD 2-

sebelum pulang dari hospital,aku sempat jumpa Shaifullah dan salam ,cium tangan kasar dia tu..hehe...."sayang,i balik dulu.kalau rindu-rindu i,call lah i...hehehe"...."insyaAllah,hati-hati tau.i love you" jawab Shaifullah....before aku keluar dari wad Ortopedik tu,tangan aku Shaifullah grab! erk,teperanjat okie! (hehehe).... " "meh sini,abang nak cakap something kat 'orang' dalam perut tu...anak ayah,jangan nakal-nakal..jadi budak baik...penyejuk mata umi dan ayah tau.semoga Allah rahmati anak ayah dan umi ni ye".....(ya Allah,seronok nye)........"tq sayang,bye sweetheart.muah! assalamualaikum,i love you too,take care.."....Shaifullah peluk aku before aku keluar dari wad Ortopedik tu,sempat jugak dia usap-usap perut bulat ni..hehe....~the end!



                                                        ********************************



                 click-click....bunyi tone aku kunci kereta aku...lekas2 aku masuk ke dalam rumah.drive sorang-sorang ni seram juga kan. mana taknya,aku ni membawa 'mohor-mohor besar Raja Shaifullah' dalam perut ni.kang kena ape-ape ,mahu pengsan Raja Shaifullah bin Raja Samsudin tu.hek,lupa nak bgtahu.Shaifullah tu salah seorang kerabat di raja Perak.hehe.... bagai bintang dah takda tempat landing kat  langit,then jatuh kat bumi,bertetabur je semua mahu bankrup TNB,sebab semua tak mahu guna eletrik...hehehe (never gonna be happend!).aku dapat seorang lelaki yang bagiku cukup hebat,Allah swt hantar dari syurga untuk aku...alhamdulillah...special for me..huhu...syukur...

ye lah,Shaifullah dah lah bagus dalam bidang akademik dan bagus dalam pengurusan diri,Islamik dan dia anak keturunan di raja...masyaAllah.masa first time tahu pun masa keluarganya datang masa majlis pertunangan dengan aku dua tahun lepas.mahu lari sampai ke tol Simpang Pulai aje,bila aku curi-curi dengar dari sepupuku Wan Syakira Nabilah yang beritahu aku,"betuahnya kak sumaiyah,abang Shafuillah tu anak raja!". erk,opocot mak kau,macamana ni? aku tetiba jadi gelabah and tak percaya...hehe....nak sahaja aku lari dengan jubah putih yang aku pakai pada hari pertunangan tu keluar dari pintu dapur,cabut lari sampai tol Simpang Pulai!!! (takde keje) hehehe

ye lah,aku sebenarnya segan dengan laki-laki yang datang dari keluarga kaya apetah lagi keturunan di raja! masyaAllah....

*******

               sebelum aku masuk rumah,aku 'stay' 5 minit di luar pintu masuk rumah, baca ayat Kursi dan sedikit doa keselamatan diri dan baby dlm perut ni.Shaifullah selalu pesan,kalau balik lewat malam or in other words,balik malam.aku kena amalkan amalan ni.supaya 'bendasing/makhluk asing' yang follow aku masa on the way balik tadi tak turut masuk ke dalam rumah..cabut lari pi tempat lain...syukurlah suami selalu pesan macam tu,sejuk mata dan telinga dengar..then aku masuk sahaja rumah,aku buka hijab campak kat atas meja ruang tamu dan duduk di sofa menghadap televisyen. aku picit 'button' remote control TV,ku buka saluran Astro.pilih punya pilih siaran,akhirnya aku pilih Astro Oasis..... ayat Quran dan koleksi zikir dari Muniff Hijjaz jadi pilihan.....aku biarkan ianya terpasang kuat.terus aku kutip tudung tadi dan terus masuk ke dalam bilik.aku ambil towel untuk mandi,bagi segar badan.habis semua pakaian aku tanggal,aku kutip dan aku hantar ke tempat mesin basuh di sebelah dapur.aku lihat jam di tangan menunjukkan jam 10 malam.aku lekas-lekas terus ke bilik air dan pakai kain basahan untuk mandi, masyaAllah....sejuknya air ni....aku biarkan air shower membasahhi tubuhku... sedapnya....(cuba la korang bayangkan,korang penat-penat balik kerja,then mandi camtu,air sejuk,malam!...) selesai mandi,aku sarung t-shirt.sengaja aku pakai t-shirt kecik>biar bila pakai nampak sikit perut ni.aku akan observe perut ni setiap kali lalu depan cermin.hehehe... (biasalah ibu muda yang excited nak dapat baby) hehehe...



                selepas rambut di sisir rapi,aku terus ambil telekung dan solat 'isya.usai solat,aku berdoa."ya Allah,ampunkan dosaku,kedua ibubapaku,suamiku dan seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini ya Allah..(sambil tangan kiri mengusap perut bulat ni,hehee)ya Allah,ku mohon segala kesulitan dan kesedihan dalam tempoh kehamilan ini dapat Kau ubati dan hapuskan..pemudahkan urusanku,janganlah Kau jadikan aku seorang Umi yang kuat merungut terhadap anak dan paling penting,Kau lindungilah suamiku dan ibu bapaku dan keluarga mertua.jadikanlah aku Umi yang taat pada-Mu dan suami... Janganlah Kau pesongkan hatiku setlah Kau beri nikmat kurnia.ku mohon kau permudahkan urusanku, hidup matiku hanya untuk-Mu ya Rabbi....subhanarobika robbilizati ammayasifun,wasallahuala saidina Muhammad,walhamdulillahirobil alamin"......penat juga balik lewat macam ini,sejak kandungan makin matang ni,aku dapat rasakan yang aku makin 'lembap' dalam pergerakan.......hehe....momentum tu lambat! hehe....Shaifullah lah yang selalu ingatkan aku supaya rajin buat senaman ringan untuk aku kekal sihat dan memudahakan aku untuk lahirkan baby nanti.



               cermat-cermat aku buka telekong,lipat semua.terus aku ke ruang tamu.TV masih lagi dengan ayat suci Quran, aku terus ke dapur untuk minum air.kering pulak tekak ni.dengan gelas berisi air kosong suam dan sempat juga aku grab biskut oatmeal,aku terus ke ruang tamu.sambil menyelak majalah yang aku beli siang tadi,majalah 'pa&ma'..hehe....(malu nk bgtahu,tapi best jugak baca buku ni,ada kaedah untuk penjagaan bayi dan ........rahsia!) hehe...leka aku baca, jam meniti pukul 11.30...tetiba.......

."i need you boo,coz i see you booo,when my heart .bla..blaa...." lagu Chris Brown tu cukup bagi aku separuh terkejut... ...Shaifullah ni....sengaja aku set lagu romantis itu untuk ringtone call dari Shaifullah...cepat-cepat aku press key 'answer'..."assalamualaikum ayang" kedengaran suara penat Shaifullah di talifon yang cuba pura-pura riang and fresh ketika talifon..aku kenal sangat suara pura-pura fresh tu..hehe..."ayang da makan? baby dah makan?buat ape tu? eh,baby rindu ayah tak? baby nakal ke? kalau nakal sampai umi nangis..balik nanti,ayah babab baby ye..." hehehe...lucu lah ayat Shaifullah ni....aku ketawa kecil..."mak aii,encik Raja Shaifullah,awak ni doktor ke wartawan surat khabar? hehe..banyaknye soalan....mengada betul,cubit hidung mancung awak tu kang...hehehe.....



hmmm,Alhamdulillah sayang,i dah makan....baby makan? hmm tunggu ade gigi lah..hehehe...i tengah tengok TV lah sayang...baby rindu ayah? no way! baby rindu umi ONLY ok..hehehe...baby nakal sikit jer,ayang tadi baby tendang-tendang perut i time i tengah mandi....huhu..maybe sebab sejuk air malam ni..huhu...rotan die? i rotan ayah dulu!! hehe....sayang buat apa tu? dah makan? jadual 'on call' tak padat pulak malam ni? dah solat? ayah okey x tu?rindu umi tak??" sengaja aku manje-manje ayat 'rindu' tu...cewah (mgade gile~hehe)

"abang punye jadual tak padat malam ni,syukur.abang teringat kat ayang..jadi abang call lah..abang risau lah..ayang jangan lupa makan buah sekali tau.abang dah beli 2 hari lepas.ada dalam peti sejuk tu...abang sempat grab biskuit je ni dan abang dah solat,alhamdulillah.ayang jangan lupa tidur awal oke? maaflah,malam ni abang tak dapat nak baca Quran kat perut cantik tu,insyaAllah esok ya baby dan uminya" alahai suami aku ni....sweet gila! macam lah dia busy tu dia yang mintak....aku faham kerjaya dia,sebab aku pun salah seorang macam dia juga...

"ya Allah abang ni,takpa lah...ayang faham..takpa,nanti i baca sendiri.huhu....esok janji taw,tolong urutkan kaki i ni,dah mula dah bengkak kaki ibu mengandung ni,biru-biru je...sakit jugak kadang-kadang,i takut kena urat yang ikat tu...naya jer...tau sayang tau...sayangkan pro bab-bab urut ni..hehee..." ......kdengaran bunyi gelak Shaifullah dah cukup bagi hatiku hepi 1 malam....  " okey lah ayang,abang continue bertugas dulu,apa-apa hal penting,call or SMS abang...if abang tak balas,means abang tengah handle emergency case.so,call nurse k? tinggalkan pesanan..InsyaAllah,abang akan menyusul carik ayang dengan lajunye...hehe...okey ayang,tidur baik-baik,ingat abang yer.agak-agak rindu,gi peluk bantal peluk,pastu sebut nama abang 3 kali..hehe....anggap je tengah peluk abang.hehe...take care darling,i love you, and you know what,i missed u damn much.tq sebab sudi mengandungkan anak kita...oklah,selamat malam....salam.

"okey,wsalam"......dari ruang tamu,aku tutup Tv,terus ke bilik dan ke atas katil,terus aku charge phone....



                   aduhai,rindunye nak main janggut Shaifullah time before tidur...tu jelah tabiat mengada aku before tidur di tepi dia...kadang-kadang dia saja je pura-pura tidur masa aku main janggut dia,last-last,dia gigit jari tangan aku...menjerit 1 bilik aku,sebab terkejut...hehe...(pdn muke,main lagi janggut orang lg....hehehe)....aku amik tudung 'express' aku,aku pakai,terus aku mengaji surah Maryam.cukup 10 ayat,aku kucup Quran,hadiah hantaran dari Shaifullah tu,terus aku buka tudung,then fall asleep......aku tengok jam di tepi meja katil,tepat jam 12 tengah malam....ya Allah,penatnya....i feel so lonely without my hubby kat sebelah..huhu.....nevermind,janji dia berkhidmat di jalan-Nya... semoga di rahmati sayang..aku baca doa tidur,al-Fatihah,3 qul,ayat kursi lalu aku hembus dan sapu ke seluruh badan, but kat perut lama sikit...hehehe....(phm-phm jelah!)  pelahan-pelahan selimut aku tarik,sedar tak sedar> GELAP....aku dah tidur...yeay! hehehe.....



to be continue................................................


p/s:tq sebab sudi membaca this short story.. hak cipta terpelihara.rekaan semata-mata


love,
ims.novelis

HIJABKU DI TANGANMU -EPISOD 1-

"ya Allah,panasnye sayang uii.tak larat i nak bawak perut ni,tumpang perut u lah sayangi" mataku menjeling kat suami tersayang kat sebelah.Suamiku geling-geling kepala,"kalau lah boleh transfrer perut ayang tu kat abang,okey jerh!"Usai solat di surau Hospital Ampang,kami terus keluar makan tengahari di luar.Malas pulak rasanya nak makan dalam cafe hospital.Sengaja aku cakap,tekak tak selera nak makan kat cafe hospital. (sumpah mengade) hehe....

syukur alhamdulillah,sekarang genap 7 bulan aku hamil.penat jugak ek,naik turun tangga mahu sahaja aku 'simpan' perut dalam beg dari perut ini statik kat abdormen aku ni.hehe..(keje gile,x akan penah boleh)hehee...
tadi usai solat Zuhor,aku text Shaifullah untuk keluar makan bersama..ehem,ehem,excuse me>shaifullah tu husband i okey! hua3...jangan syak waksangka lebih-lebih..kang bagi mkn kasut saiz 9...hehe...Kebetulan,kami kerja dalam hospital yang sama...suami berkerja sebagai MO di wad Ortopedik,aku? naaaa....MO di wad Pediatrik. hari paling best,sebab keluar 'dating' dengan suami.

Sampai di restoran ala kampung berdekatan dengan hospital,semua menu aku rase nak order... mak ai,tempoyak dengan kacang buncis,cicah pulak dengan smbal belacan....masyaAllah,nikmat dunia sedapnye...macamana lah nanti nikmat makan di syurga nanti....Subhanallah~ tetiba suamiku bersuara"ayang,makan tu cermat sikit.jangan bedal banyak sangat,kang senak perut.mula lah suruh abang 'jampi' perut bulat awak tu dengan ayat  Quran.slow-slow, dah jangan makan lauk-lauk yang pedas ni,tak baik for our baby,ok? makan sayur and ikan,ok?"...adus,tension plak dengar, "sayang,i makan mcm ni pun  jarang2 taw.kasi lah chance,please..hehee..for the seek of our baby! hehe,,,i xda pon nak makan sgt,tetiba perot ni mmberi 1 momentum kimia mgatakan "umi,u have to eat tempoyak today!",datang dr dalam perut i lah sayang...hehe" habis pipi aku kena cubit,degil cakap suami..."sayang!"...kena cubit pipi...then bagi alasan yang tah ape-ape..."dah-dah,cepat makan tu cintaku Sumaiyah binti Abdullah..abang kena masuk balik wad semula jam 3 petang ni,ada meeting dengan pengarah.tegas je bunyinye. "okey" jawabku..

malam ni,aku terpaksa balik seorang diri,shaifullah ada jadual 'on call'.mengenangkan yang aku tak dapat lepak chill dengan huby malam nanti,terpaksa keluar makan time lunch.teringat masa zaman belajar dulu,Shaifullah antara pelajar laki 'feveret' kat Universiti Tanta dia.aku cuma dengar-dengar aje dari kawan yang sama tempat menuntut dengan Shaifullah.ni semua cerita dari Intan Maya Damia,dorm mate aku masa menuntut di sekolah raja permaisuri bainun dulu.al maklum lah,aku rapat dengan dia,minat sama,nak jadi doktor pun sama-sama..tapi rezeki dia di Mesir.Aku cuma ke India jer,buat MBBS di Bangelore.Mula jumpa Shaifullah pun time mula-mula posting jadi 'houseman' di HUKL,jumpat kat masjid. Pergh,comel jer jumpa kat masjid.hehe..(gile,senyum sorang-sorang).Apa yang aku berkenan dengan Shaifullah ni,dia seorang yang pemalu,tinggi lampai,gelap-gelap sikit,pendiam,but the important one>dia sangat bijak dengan urusan kerja dan agama..my dream guy,tall dark handsome guy..huagh2....syukur,muka manis dia tu one of the bonus kenapa aku jatuh cinta dengan dia. malunye nk bgtau yang aku ni minat laki pemalu.biasa lah,aku budak debat sekolah,mulot bising gile...haha..cewah!

kebetulan,kami ada masuk usrah setiap khamis malam jumaat..program sampingan yang di anjurkan pihak hospital untuk kakitangan Muslim hospital.jumpa secara kebetulan pun,2 kali sebulan,depends on jadual 'on call' masing2.
Masa tu,aku baru tamat posting sebagai 'houseman' kat wad bersalin.aku baru apply cuti untuk pulang ke kampung di Ipoh.rindu gilak kat umi dan abi.sehari sebelum aku pulang ke Ipoh,aku dapat sepucuk surat...guess what?? hehehee.....

<span> </span>mestilah dari orang yang aku minat! tak sangka pulak dia pun berkenan kat aku yang ketot ni..hehe...dah lah aku ni comot je.(aku rase lah)hehe...dalam surat tu dia meluahkan isi hati dia.dia tak mahu mata dia banyak tanggung dosa> tengok bukan muhrim dengan nafsu yang tah ape2>consider 'zina mata'.simple n short...aku suke...hehe...then dia kata,if ada jodoh dah aku sudi untuk menjadi suri hidup dia,dia nak maklumkan pada kedua ibubapanya untuk pinang.dia mahu AKU HALAL BAGINYA.**** (hepi!) Kebetulan dia pun ada bertanyakan kepada beberapa doktor senior tentang diri aku,perwatakan aku.katanya,dia suka dengan kesederhanaan dan ciri Islamik yang aku bawa.sejuk mata tengok...(erk,ttiba aku cam terbang2 suke!) cess.. malu lak teman mmbacenye!..dia mohon maaf sebab ambil nombor talifonku tnpa izin di kaunter nurse di wad aku bertugas.kalau aku tak keberatan,dia mahu alamat rumah orang tua ku....

the end~ aku pon balik Ipoh dengan bus....maklumlah,xda budget yang kukuh nak pi beli kereta.hehe...
aku tetiba kecut perut>sebab ape kawan2?? cuba teka....sebab aku ank tunggal...xda orang laki lain pernah tgok rambut aku yang chantek ni melainkan abi sahaja.....*(x logik takut sbb tu,nonsence!) hehehe...mayb mengenangkan diri ini akan jauh dari umi dan abi>Shaifullah bawak 'lari' aku jauh dr umi dan abi...ya Allah..takutnye...takpe2,aku kena tenangkan hati....bwk mengucap banyak2,then balik solat hajat......kena 'hint-hint' sikit umi abi ni....kang terkejut pulok....naya jer....aku tengok jam pukul 12 tghari,kena sangat>tiket aku jam 12.30tghari...cepat sumaiyah>g kat tempat bus..kang balik jalan kaki kalo jalan cam nenek ...hehe....dalam keadaan panas terik dengan tudung berlilit di kepala,aku tarik beg roda terus  ke kaunter bus...insyaAllah,sempat sampai ipoh before jam 4 petang.....ya Allah,lundungi aku dan rahmati perjalanan aku ini...aku cuma sempat menghantar pesanan ringkas SMS kepada umi dan abi,aku tahu umi abi mesti sibuk.maklumlah diaorang tu cikgu...kang menganggu pulak waktu mengajar mereka if aku beriya nak cakap lama-lama kat talifon just ebcause nak bgtahu yang aku nak balik Ipoh..hehe....tak sabarnye nak balik Ipoh,ate kome orang peyrok>teman balik,nak ngabo yang teman nak balik..moh ler,kite makan dughian! hehehee...

(to be continue.......)

p/s: rekaan semata-mata oleh penulis...hak cipta terpelihara..



love,
IMS.novelis