Friday, October 14, 2011

respons dari penerbit

*thanks Ammar for this pic.
salam.

ramai pembaca tengah ternanti-nanti novel soul mate kan?
terutama tu bdk UIA PJ tu haaa..
:P
dik nil.
:)
& kawan-kawan yg support saya.
terima kasih banyak.

actuarlly, novel tu kena ikut turn keluar.
ikutkan hati memang nak mintak released hari ni jugak.
tapi apakan daya.
semua kerja tu,terletak di tangan editorial dan penerbit.
:)

ni maklum balas yang saya terima dari editorial penerbitan buku galeri ilmu.
:)

assalamualaikum sdr, untuk makluman, saya ambil tempoh masa untuk menilai:
1. manuskrip lengkap selama sebulan
2. proposal selama dua minggu
...
setakat ini, GISB mampu terbit 3 novel setiap bulan dengan nisbah 2:1 iaitu 1 novel dewasa: 2 novel awal remaja/ remaja
sekarang ini saya sedang fokus novel:
1.ops conteng (awal remaja)
2.friends forever (remaja)
3.beri aku peluang (remaja)
untuk novel dewasa, pasaran agak terbatas kerana ada beberapa penerbit besar yg menguasai pasaran. namun demikian, saya melihat novel sdr ini ada potensi untuk diterbitkan. cuma saya perlukan masa untuk menilai yg terbaik untuk novel ini insya-Allah. doakan yg terbaik ya. wassalam.

so, semua pembaca novel soul mate> di fb mahupun blog.
doakan kejayaan saya ye.
novel saya di kategorikan sebagai novel dewasa.
:)


thanks all.


love,
ZH

penulis keluar bersama kwn.
ke tempat lahir penulis di Lumut Perak.
saja carik mood untuk menulis novel kedua.
^_^

Monday, October 10, 2011

NURUL ASYIKIN -karya awsome-


salam & hye everyone.
alhamdulillah.
last saturday, sempat juga berkejar-kejaran ke booth gang  projek rabak di  tepi bangunan MBI depan menghadap Ipoh Parade serta satu baris dgn hotel.
*hanya penghuni Ipoh, rakyat sejati Perak je tahu lokasi ni.
:P

dalam suasana hujan, ala-ala filem 'notebook'. berlari-lari dalam hujan nak kejar masa.
nih akibat menjadi 'auntie' yang sangat sayang budak-budak. kena jaga safety budak, bawak kereta pun rasa macam 1 tayar je.
hadoih.
gagah jugak lah kaki ni pergi cari kelibat lelaki fofular ni > Aloy Paradoks.
dengan bantuan Amir Fazel, jumpa jugak...
thanks dude~


masa tengah drive balik, member yg follow cakap "aliah, best gila sinopsis dia"
saya cam tak keruan bawak kereta.. sebab kawan dah selak2 novel Nurul Asyikin tu.
"oh ye ka? ko jangan baca tau.. bagi aku baca dulu" nyaris langgar kereta orang sbb takut kawan tu buka and baca more novel tu, sebelum saya rasmikan dulu..
(kedekut gilaaaaa~) haha..


syukur, Aloy sudi jugak lah conteng buku yang saya beli tu> bagi autograf free.
btw, nak ulas sikit tentang novel ni.


okey, back to novel.
novel ni..
memang lah sgt bagus.
best..
kalau orang perak cakap> menggelepoooor time baca..  (maksudnya best sgt)
huhu..

baca 1st chapter pun, da rasa cam nak continue baca ja. 'terpesona' sekejap dengan aksi belasah orang di jamban tu. cool habis! hahaha...
btw, sgt awsome okeyy.. rasa macam nak tiru je.. ( aliah, tak sesuai kau nk belasah org smpai cmtu okeyy)
hehe..

2nd chapter juga begitu.
jam dah pukul 1 pagi, mata masih bajet bagus nak baca lagi novel tu. nak baca smapai habis....
huhu..

novel ni sangat telus. telus dari hati. takda selindung2 dan kita dapat pelajari hidup seseorang yang luar biasa lainnya.....
dapat tahu tentang manusia yg sangat luar biasa 'aneh+ganjil' nya...
kadang-kadang terlintas kat benak ni... biar benar ada spesis 'reptilia' macam tu.. keji dohhh perangainya..
erkk..
as dlm buku tulis 'celaka!'...
ayat-ayat yang berunsur 'funny' pon ada.
memang tak bosan baca buku ni.
gerenti lah.
kisah hidup watak utama novel tu benar-benar menyentuh hati.
sanggggggaaaaattttt okeyyyyyyyyyyyyy!!!
huhu...

secara peribadi,
saya penulis novel bercorak Islami, tapi jujur saya katakan.. buku ini baru membuka mata saya untuk lebih mengenali manusia di muka bumi ni. rupanya macam-macam spesis. yang jarang-jarang kita temui atau lihat serta dengar di channel TV macam national discoveries! hehe. saya akui, saya seorang gadis urban yang masih punya fitrah  remaja. macam kalian juga.....
btw, masa sekolah> saya school drummer.

kalau kalian pernah jumpa saya mesti tak percaya. yang baru kenal la...
tapi, dalam hidup apa pun pekerjaan kita. mesti ada limit kan.
tak semestinya imej saya begini (niqabi) saya tak boleh layan karya2 indie macam gang2 projek rabak buat.
saya juga layan lagu-lagu indie, even eminem pon okey jer. cuma perlu ada batas la.
jadi, membaca buku karya Aloy Paradoks for the first time berjaya membuat saya lebih mengerti maksudnya & i have no problem with the words he used for the novel. i can still continue reading until the end of the page! bahasanya sangat telus. tak melampau dan memang awsome lah.
kalau nak describe guna bahasa isyarat, orang tak faham. atau guna bahasa terlalu bombastik, orang rimas. ayat simple yang Aloy Paradoks hasilkan dalam novel ni akan buat kita faham seribu maksud yg cuba dia bicarakan melalui titis dakwat yang dia hasilkan di buku.
very nice.
good job Aloy Paradoks!


tak kira lah u all berimej bagaimana pun, buku ni memang sesuai sangat di baca.
macam2 benda yang kita tak jangka rupanya ada. macam bom jangka!
sekali kena, memang MANGKOR!
hua3..

*malas nak cerita panjang, nanti korang tak beli novel.
dah2, gi order kat SILUET BOOKS.
or g search kt facebook. order online!


seronok tengok beliau dengan novel beliau. saya punya novel tak pasti bila kuar. insyaAllah before akhir tahun. wish u best of luck. & to the team, good job buddies... jangan risau lah. kerja yg tulus dari kotak hati tu, mesti mudah dapat perhatian-Nya.

k lah, good nite all.
lastly, nak tunjuk sikit.. dapat sign Aloy.
huhu




love,
aliahelmi/ ZH

prelude SESAT (2nd novel)


*sesekali penulis jadi model untuk entry ni..
:)

tak pa kan?
heee~



salam..
heiiyy000..:P

ok lah, dah kematu jdinya dok relax je tnpa memaksa tgn2 ni mnyelak sumber2 Quran, hadis, kitab ihya ulumuddin dan majalah or surat khbr untk my 2nd novel.
:)

hehe..
so dgn ni, sy dgn rasa rendah diri nk publish sinopsis as prelude my 2nd novel, SESAT
saje je, buat niqabi. jarang kan dgr?
heee~

hope u like it.
enjoy peepz!

******************************************************************************************************



" Papa tak kira, minggu depan papa akan hantar Ady ke IIS kat Gombak "

" Ady tak nak pergi sekolah tu! Nanti, itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Hish, bosan! Pathetic habis! Ady tak nak!!"

" Papa  tak nak dengar apa-apa lagi. Esok papa akan mintak uncle Shuib untuk further call IIS untuk Ady" Encik Khalid cuba mengawal rasa marah terhadap anak gadisnya.

" Setiausaha papa tu suka bajet bagus kan, hantar anak kat sekolah agama bagai. Kalau nak alim, alim lah sorang-sorang! Hish. I dont want. I want my mama back. This is my life, not yours!" Nur Adlyana Islam bingkas bangun keluar dari perbincangan dan terus ke bilik. Pintu bilik sengaja di hempas kuat tanda protes.

Encik Khalid terdiam seketika dengan anaknya. Hatinya terasa sebak namun apakan daya baginya.Ady adalah tanggjawabnya, anak gadis itu harus di jaga sebaiknya meskipun Ady akan membencinya kelak. Keputusan ini demi kebaikkan mereka sekeluarga. Ady adalah amanah dari isterinya.  Potret arwah isterinya, Puan Junaidah ditenung lemah. Hatinya bergelumang dengan rasa sedih. Baginya, membesarkan seorang anak gadis dan dua orang anak lelaki,  Arif Azlan dan Afiq Azlan yang sedang menginjak dewasa seorang diri ini merupakan sebuah tamparan hebat yang sukar di tempoh olehnya seorang diri. 

                                                    ****

"Woii, mata kau letak kat mana? Suka hati kau langgar aku time jalan" Ady membulatkan mata nya marah dengan lelaki di hadapannya yang terjatuh.

" Well, excuse me. You hit me at first place, now you suddenly get mad like crazy woman infornt of me? Weh minah, kau ingat kau tudung labuh tu bagus? Harap muka je cantik " sengaja di perlahankan ayat-ayat terakhirnya. 

" Peduli apa aku, aku ni dah lama tak pukul orang. Silap hari bulan, kau ni aku kasi kaki. Dah la, pi blah!"

Kevin Choe bangun perlahan-perlahan memerhati gadis bertudung labuh itu berlalu pergi.

" Garangnya perempuan tu, scary gila. Choi kalau jadi bini aku", langkah harus di cepatkan untuk hadir meeting pada petang ini.


                                   *****