Thursday, October 25, 2012

Acknowledgements


*ucapan ini telah saya titipkan dalam ruang penghargaan 

dari penulis



BISMILLAHIRAHMANIRAHHIM..





Syukur nyawa di beri untuk terus melestarikan bumi 

pinjaman ini.  Terima kasih atas nikmat nyawa yang tiada 

tandingnnya.  Terima kasih Allah.  Selawat dan salam buat 

pemberi syafaat.  Terima kasih buat umi dan abi yang 

memberi asuhan agama dan terus mengajar erti sebuah 

cinta.  Buat along, angah, alang, uda dan Qilah yang tidak 

pernah jemu melayan karenahku mengalahkan first lady.

 Buat sahabat baik, Ammirul dan Taufik yang sudi 

menyerikan lagi Soulmate dengan kata-kata indah dari 

kalian.  Sharmil Zainuddin yang bermurah hati menjadikan 

lakaran novel di terjemah melalui kulit muka Soulmate.  

Teman-teman dan follower di blog imsnovelis.blogspot.com.

 Syukran jazilan buat bakal doktor-doktor muda dari Tanta 

yang sudi menjadi ‘connector’ bumi Tanta buat bacaan 

semua.  Akhir sekali, buat hati-hati yang sentiasa memerhati 

diri ini.  Mohon mendoakan kejayaan agar tarbiah berseni itu 

hadir dalam diri untuk sama-sama dirasai. Allah Hafidz.  

Wallahualam.


-Zeeshan Heikal-



Kadangkala kita selalu tertawa sehingga terlupa, duka pasti datang menyusul untuk mencuri kebahagiaan kita.
Kadangkala kita terlalu membuang masa sehingga terlupa, kesibukkan akan datang menjelma untuk mencuri waktu senang kita.
Kadangkala kita sering berdoa sehingga terlupa, doa yang di selangi maksiat itu akan terbiar terapung-apung di awangan.
Kadangkala kita sering mengeluh sehingga terlupa, usaha yang kuat mampu membina segunung kejayaan.
Sesungguhnya sifat manusia itu tidak akan pernah Qudus.  Seringkali terlupa sehingga Allah menduga kita untuk melihat ketaqwaan kita terhadap-Nya.  Kerana itu kita hanya di gelar hamba kepada Sang Pencipta.  Ilahi tidak pernah lelah menyambut doa hamba-hamba yang tunduk berdoa dan bersujud pada-Nya, dengan syarat takwa itu terbenam di seluruh pelusuk hatinya.



*tak boleh tidur, sbb jadi 'nanny' kpd kucingku si gegirl.
penat betul jadi 'mak angkat'...hehe
Allahuakhbar



Monday, October 22, 2012

Cinta Kampus 2.0!

Assalammualaikum wtbh,

Memegang mandat meneruskan legasi mengendalikan forum Cinta Kampus 2.
Cinta Kampus siri 2 di Unisel Bestari Jaya.
:)
Bersemperna FESKON Unisel (festi\val konvokesyen)


panelis-panelis hebat yang di pilih oleh saya sendiri dan pihak SUK.



Syukur alhamdulillah, hadirin yang hadir kata seronok dan terhibur dengan para panel yang hadir.
Walaupun ada yang mengatakan Cinta Kampus 1 lebih seronok.
Its ok, kita improve time by time ok?
Besides, event kali ini di rancang hanya dalam masa seminggu!!
ONE WEEK only!!
can you imaging that???


Alhamdulillah, kawan2 yang sudi menjadi krew membantu.
Akhirnya terhasil juga event kali ni.
Meskipun ada kekurangan, saya berharap boleh di baiki lagi di masa hadapan.
insyaAllah.

Menjadi ketua program untuk Cinta Kampus kali ni, telah membuka mata saya untuk faham dengan prosiding event, dari segi protokol dan lain2.
Apa yang boleh saya katakan, AMANAH itu memang sesuatu yang sangat berat.
Jadi, memikul tanggungjawab mestilah  commit dengan kerja.
Nak-nak pulak, ketuanya PEREMPUAN.

So segalan bebelan mahupun di marah atau di kerah, kena terima dengan SEADANYA.
Awal2 lagi, saya dah maklumkan pada krew yang saya SPESIS MAMALIA YANG TAK SUKA DENGAR ALASAN dan saya akan marah semua krew if kerja tak settle atau what so ever.
Marah tu bukan sebab suka2, tetapi sebab nak mengajar erti hidup. Erti hidup dalam mengendalikan perkerjaan.


Ni ada sikit gambar2 krew dengan saya sepanjang event.
semoga di berkati semuanya.





krew lelaki dengan Ustaz Zamri



my krew and I

:)

amin ya Rabb



love,
Event director @ Zeeshan Heikal




















pendrive novel HILANG~

Assalammualaikum wtbh,

suatu pagi yang indah permai...
hati mengelojak nak siapkan assignment sebab laptop rosak.
terpaksa pinjam laptop kawan.


nak dijadikan cerita bagi dia pendrive..
know what..
dia HILANGKAN pendrive novel sayaaaaaaaaaa!!
ya Allah..
rasa macam nak bertukar menjadi raksaksa yang paling buas di alam semesta jeee..
Allah~


nak-nak pula netbook rosak. screen rosak.
can u imaging, artwork 2 tahun HILANG camtu..
tu, kalau undang2 kata boleh tikam orang.
memang dah tikam.

nak dijadikan cerita..
Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya.
so, bila dah tenang jiwa ni..terus amik peluang untuk diri untuk senyappp je...
dalam hati.. dah tergolek2 sedih.
habiss la.. semua fan Soulmate mesti mengamuk2..
hadoikh..



akhirnya, kawan tu sudi nak belikan hardisc & keluarkan hardisc dr laptop..sbb nak gantikan semula.
nak save dokumen dlm netbook tu.
ada 2 je tempat save novel ni. satu kat pendrive, satu lagi dalam netbook.
akhirnya dapat la hardisc baru.
syukur alhamdulillah.
:)



:)



love,
Zeeshan Heikal