Sunday, May 15, 2011

SM (bab 2) - bercinta-





2
"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" – Hukama

            Ustaz, apakah cara muda-mudi sekarang untuk mendapat cinta-Nya? ” Alya memulakan sesi soal jawab.  Kelihatan muslimat lain terdiri dari golongan emak-emak.  Ustaz Fakhrullah Hussain tersenyum dengan soalan yang di ajukan.
 Alya berada di sebalik tabir langsir pemisah antara ruangan solat lelaki dan wanita.  Tiada jemaah lelaki yang hadir di dalam surau.  Alya memilih ruangan belakang untuk duduk.  Malas di tatap wajah ustaz yang menjadi topik hangat umi dan rakan-rakan mengaji di surau.
“ Terima kasih kepada yang bertanya. Banyak cara yang boleh kita usahakan untuk mendapatkan cinta Allah SWT.  Sebagai contoh, kita menyenangkan hati kedua ibu bapa kita. Jika ibu bapa berasa senang dengan akhlak kita, kita mendapat redha Allah.  Redha Allah SWT terletak kepada redha ibu bapa kita. Contoh lain antaranya, kita boleh memperbanyakkan zikir, solat sunat, berpuasa.
Dalam konteks dunia yang serba moden ini, mesej-mesej berbentuk peringatan untuk teman-teman supaya lebih mengingati Allah juga boleh menjadi alternatif untuk meraih cinta Allah yang luas ini.  Sifat-sifat mahmudah perlu di tanamkan dalam diri, agar kesempurnaan iman dapat di rasai secara tidak lansung menguatkan lagi cinta kita kepada Allah swt.
Firman Allah dalam Al-Quran, “ Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah.  Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya ”. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati. Mulakan dari hati. Wallahualam” 
            Soalan demi soalan di usulkan kepada Ustaz Fakhrullah Hussain.  Jejaka kelahiran Negeri Sembilan itu nampaknya mudah mesra dengan makcik-makcik di surau.  Setiap bait kata dari bibirnya akan cuba mengaitkan soalan itu dengan sumber Al-Quran dan hadis.  Beliau turut menyediakan beberapa jenaka yang sesuai untuk majlis untuk menjadikan majlis usrah pada petang itu tidak terasa mengantuk.
Setiap petang Sabtu, AJK muslimat surau akan mengadakan usrah kecil-kecilan. Kebiasaanya, usrah ini di jalankan hasil dana surau.  Jamuan pada petang itu pula, berkat gotong royong AJK muslimat yang berusaha menyediakan hidangan ringkas untuk tetamu yang hadir.
Dalam kesibukkan muslimat yang hadir dengan makan petang sambil berborak-borak. Menghabiskan dua biji kuih karipap dan secawan teh, Alya segara bingkas bangun mencari kelibat uminya, bersama kunci kereta di tangan di samping tas tangan merah kesayangannya.  
            Set jubah serba hitam yang di belinya di Shah Alam itu benar-benar selesa. Di padankan dengan selendang Pashima berwarna merah hati sebagai pelengkap gaya, kasut Malibo berwarna merah menjadi pilihan, selain memakai sarung kaki brown colour.  Di lihatnya umi masih berbual-bual dengan Makcik Ana, Alya terus kearah umi.
“ Umi, jom balik ” Alya tersenyum. Senyuman yang jelas menampakkan lesung pipitnya di hadapan semua.  Tanpa Alya sedar, gerak gerinya di perhatikan.  Perhatiannya tadi tertumpu pada umi, namun kini di hadapan umi ada seorang lelaki yang berkopiah putih. Lelaki itu tersenyum dan kemudian tunduk hormat kepada Alya. Alya juga membalas dan terus senyuman manisnya hilang, barangkali malu dengan lelaki berkenaan.
“ Oklah ustaz dan Kak Ana, saya pulang dulu ya.  InsyaAllah ada rezeki kita buat ceramah lagi untuk muslimat.  ” Umi bersalaman dengan Makcik Ana, di ikuti oleh Alya.
“ Piah, ini anak kamu ke? Anak yang mana satu? ” Makcik Ana sempat bertanya kepada umi.
“Anak yang kedua, tapi anak perempuan sulung.  Yang belajar kat Sekolah Raja Permaisuri Bainun dulu.  Sekarang buat tahun asas kat universiti di Shah Alam, InsyaAllah sebelum ke Mesir tahun hadapan. ” balas umi.Alya Cuma tersenyum malu.
“ Apa pulak detail sangat bagitahu umi ni ” getus hati Alya.
“ Dah besar anak kamu ni ye Piah.  Belajar apa kat Mesir tu, amik medic ? ” Makcik Ana menyambung pertanyaannya.
“ Ya, Alya dapat tawaran ambil perubatan kat sana, InsyaAllah ” umi membalas pertanyaan Makcik Ana.
“ Baiklah kak dan ustaz, saya pulang dulu.  Assalamualaikum ” umi menyegerakan langkahnya setelah mimik wajah Alya di bacanya.
“ Waalaikumusalam ” serentak Makcik Ana dan ustaz menjawab.
***
Malam itu, Fakhrullah Hussain kelihatan tidak senang duduk. Panggilan telefon dari ibu di kampung mengingatkannya untuk segera mendirikan rumahtangga.
“ Kalau Fakhrul tak cari, nanti ibu carikkan anak-anak gadis kampung kita untuk di jodohkan dengan Fakhrul ” Puan Hajah Hasnah kelihatan beriya-iya ingin mencarikan jodoh untuk Fakhrullah. Setelah tamat pengajian di peringkat sarjana dalam jurusan Pengajian Quran dan Sunnah. Surah Al-Waqiah ayat 35 hingga 37 yang bermaksud “ Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh, yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya.”.  Fakhrullah lulusan pengajian Quran, sudah tentu itu menjadi hafalannya, setiap bait kata yang indah yang telah Allah turunkan untuk hamba-Nya untuk di jadikan rujukan.
Fakhrullah kini berusia 25 tahun.  Dia amat bersyukur kerana berjaya menghabiskan pengajian di peringkat sarjana. Impiannya sebelum merancang untuk mendirikan rumahtangga itu termakbul. 
Hampir lima tahun berada di Universiti Sains Islam Malaysia di Bangi, dan berkat usaha gigihnya Fakhrullah berjaya merangkul segulung ijazah yang dapat membanggakan ibunya.  Beliau sempat menyambung pengajian Quran di Jordan, namun hanya setahun sahaja mampu bertahan ekoran faktor kewangan menjadi beban. 
Beliau merupakan anak bongsu dari 5 beradik, berita kematian abah ketika bertugas di perairan Sabah akibat serangan jantung semasa Fakhrullah menuntut di tingkatan 5 benar-benar sesuatu yang sukar untuk di terima.
“ InsyaAllah ibu, doakan Fakhrul jumpa pasangan solehah penyejuk mata.  Fakhrul akan cuba cari dahulu sebelum membuat keputusan atau minta ibu carikan untuk Fakhrul ” Fakhrullah cuba menenangkan hati ibunya.  Ibu yang di rinduinya, sudah sebulan lebih dia tidak pulang ke Rompin melihat ibunya.  Jadual yang padat membuatkan Fakhrullah tidak berkesempatan menjenguk ibunya di kampung halaman.
“ Jaga diri baik-baik ya nak.  Ibu nak siap-siap untuk solat Isya’ ni.  Assalamualaikum ” Hajah Hasnah cuba mengakhiri perbualan.
“ Baik ibu, terima kasih.  Take care ibu.  Waalaikumusalam ” Fakhrullah mematikan phone call dari telefon bimbitnya.
            Kepalanya ligat berfikir, nak cari calon isteri.  “Siapalah yang nak kat aku ni. Ustaz saja, lulusan Pengajian Quran dan Sunnah dari USIM dan dulu after habis SPM terus mohon ke Jordan, itu pun belajar tak habis.  Nak kena kahwin dengan ustazah ke? ” Fakhrullah  mula menyoal diri, beberapa faktor perlu di ambil kira sebelum mendirikan mahligai bersama seorang wanita.
Kriteria Islam perlu di penuhi sebelum kriteria diri di masukkan.  “ Pilih la wanita untuk berkahwin berdasarkan empat ciri, yakni agamanya, keturunannya, hartanya dan kecantikannya.  Maka pilihlah kamu kerana agamanya, InsyaAllah kebahagiaan akan bersama kamu ”.  Petikan dari kelas agama ketika Fakhrullah menuntut di USIM masih tergiang-ngiang di telinga.
            Hati Fakhrullah merasakan dia sejuk melihat perwatakan anak gadis Makcik Asrafiah. Gadis itu manis dan cantik, dan dari perwatakan Makcik Asrafiah, Fakhrullah yakin mereka dari keturunan yang baik-baik dan aspek agama sangat di pandang serius.
Fakhrullah bercadang untuk membuat soal  selidik mengenai gadis itu sebelum bercadang untuk berkenal-kenalan dengan keluarga si gadis itu.  Alya Sofia, nama yang di sebut oleh Makcik Asrafiah. 
Cantik namanya seindah rupa pemiliknya.  Perlu di mulakan dengan keluarganya sebelum bertanya untuk mengkhitbah gadis itu, itupun jika gadis itu sudi. Hati Fakhrullah di tenangkan dengan alunan ayat-ayat Al-Quran sebagai hafalan.  Bimbang hatinya mati kerana terlalu berharap dan mula menjadikan hatinya mudah di hasut godaan syaitan.
***
“ Maaf, saya dah terima pinangan Khairul Anuar.  Saya doakan awak jumpa wanita yang lebih solehah.  Selamat tinggal Ammirul ” air muka Maisarah benar-benar membuatkan Ammirul Hafsyam hampir gila.
Memori 5 tahun lalu masih menjadi mimpi ngeri yang sukar di telan oleh Ammirul. Terseksa, melihat wanita yang di impikan menjadi suri hidupnya berkahwin dengan sahabat baiknya ketika di menuntut di KISAS dahulu.  Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah, Ammirul telah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.
Melupakan wanita yang di cintainya, dan riak bahagia yang terukir di wajah Maisarah ketika di majlis pernikahannya dengan Khairul, benar-benar menjadikan hati Ammirul bagai di siat-siat halus. 
Hampir 4 bulan Ammirul cuba belajar menerima kenyataan.  Semua kerja yang di lakukannya serba tidak kena, sehingga ibunya menyedari perubahan sikap Ammirul. Tindakan yang lambat untuk menyunting Maisarah, membuatnya kehilangan wanita yang di impikannya.
Ammirul nekad untuk menyambung pengajiannya peringkat sarjana di Universiti Shiedfield di United Kingdom dalam Kejuruteraan Mekanikal untuk mengubat pedih parut luka di hatinya.  Mendapat biasiswa penuh dari salah sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di Selangor. 
Setelah tamat 3 tahun menuntut di sana,  Ammirul pulang dan bekerja dengan syarikat berkenaan dalam setahun setengah sebelum berhasrat menjadi pensyarah sepenuh masa di salah sebuah institut pengajian di Shah Alam.
Ammirul berubah sikap, menjadi sedikit liar semasa berada di UK. Suka mempermainkan hati wanita.  Kehidupan tanpa landasan Islam menjadikannya hanya Islam pada kad pengenalan diri, tetapi bukan pada akhlaknya.
“ Am, I have to be honest with you.  I’m pregnant and this baby is yours ” wajah pucat Nancy membuatkan Ammirul seperi tidak percaya.
“ Oh come on Nancy, you must be kidding! I’m sure it’s not belong to me.  I know, you not are good girl.  It must be Jack’s baby ” suara cuba menidakkan bayi dalam kandungan Nancy itu miliknya.
“ No, it’s yours!  If you don’t want the baby, I kill myself! ” terasa sempit sungguh dadanya untuk menerima kenyataan Ammirul. Lansung tidak bertanggungjawab.
“ Please Nancy, don’t screw up my graduation night.  I have party with the others. Bye! ” keadaan yang terhuyung hayang membuatkan Ammirul di papah oleh beberapa rakan yang lain.  Seminggu kemudian, Ammirul mendapat berita Nancy membunuh diri ketika dia dalam perjalanan pulang balik ke Malaysia. 
Namun, perkara itu lansung tidak memberi kesan emosi kepada Ammirul, tiada apa patut di kesalkan mahupun di sedihkan.  Sesudah 2 tahun, baru Ammirul menyedari akan kesilapannya.  Kini matlamat utama untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.
“ Mirul, esok teman ibu ke pejabat makcik Nurul.  Ibu dengan abah nak apply ke umrah intake Mei nanti ” Puan Najjah bersiap-siap, Ainaa juga turut di pakaikan dengan baju yang cantik.  Genap setahun sejak Ammirul pulang ke tanah air, akhirnya Najjah dan Shukri yakin untuk menunaikan ibadah umrah bersama.  Ainaa juga tidak banyak ragam seperti dahulu.
“ Aik, kalau ibu pergi.  Siapa nak jaga Ainaa? ” kebingungan Ammirul memikirkan tentang menjaga adiknya.  Meskipun adiknya kanak-kanak istimewa, dia tiada masalah untuk menjaga adiknya.  Masakan Ainaa akan di jaganya, kalau dia sibuk dengan urusan kerja nanti.
“  Kalau ada Mia dekat sini, boleh ibu hantar dekat Mia untuk jagakan.  Tapi dia sambung belajar dekat matrik lah pulak."
"Mia? Siapa tu bu?"soal Ammirul Hafsyam.
"Lupa nak kenalkan.  Dulu masa Mirul takda dekat sini, ibu selalu pergi program agama dekat masjid.  Dia anak Imam Abdul Jabbar.  Kenapa? Nak kenal? Nak ibu pinangkan?" tersenyum Najjah mendengar soalan Ammirul.
"Eh, mana ada.  Mirul tanya je.  Malas nak pikir pasal jodoh.  Lagipun, Mirul tak kenal dia.  Kang, apa dia buat kat Ainaa nanti.  Mirul risaukan keselamatan Ainaa je"
"Dah tu, Mirul tak kawin-kawin lagi.  Kalau tak, boleh la isteri Mirul tolong jagakan Ainaa.  Anak imam budak perempuan tu, namanya Nur Ain Ilmiah.  Cantik pun iya orangnya" sengaja menduga anak terunanya.
"Dah la ibu, ibu ni saja je bagi Mirul pening kan? Mirul tak terbuka hati lagi. Tak terfikir pun nak ada pasangan buat masa ni. " ternyata mereka gembira menyakat satu sama lain.
“ Yelah.  Ibu akan hantar Ainaa dekat Makcik Asrafiah.  Dia ada 2 orang anak perempuan.  Ibu dah telefon Makcik Asrafiah.  Dulu masa ibu dan abah pergi Haji dulu, mereka lah yang jaga Mirul dengan Ainaa.  Tak kan dah lupa? Kebetulan, anak perempuan dia tengah ada di rumah.  Katanya tengah cuti semester. ” hubungan yang akrab antara kedua keluarga membuatkan ibu yakin untuk menghantar Ainna selama dua minggu di Ipoh.
            Teringat akan wajah pakcik Hamdin yang ada menghantar Ammirul ke sekolah, semasa abah ke luar negara atas urusan kerja.  Sepanjang peperiksaan SPM, Pakcik Hamdin menghantarnya.  Ketika itu, Rahman anak sulong Pakcik Hamdin berada di tingkatan 2 di sekolah yang sama.  Pakcik dan isteri sangat baik dengan keluarganya.  Ammirul menjadi abang dan kawan kepada anak pakcik Hamdin.
“ Baik ibu ” Ammirul juga yakin dengan keluarga pakcik Hamdin.  Meskipun sudah lama tidak ketemu keluarga itu semenjak menuntut di UIA.  Ammirul sangat ingat jasa pakcik Hamdin dan keluarganya.
            Masih jelas lagi ragam ketika zaman kanak-kanaknya, Ammirul akan keluar bersama Rahman bermain basikal di taman perumahan.  Rahman akan membonceng adiknya, Alya Sofia.  Ketika itu, Alya Syafiqa dan Ainaa masih kecil.  Semenjak keluarganya berpindah ke ibu kota, mereka tidak bertemu lagi.
Sesekali rindu menjergah ke lubuk hati.  Pernah mereka bergaduh kerana berebutkan bola sepak yang baru di beli Encik Shukri.  Sehingga tidak bertegur siapa selama seminggu.  Mujur, kedua orang tuanya dan pakcik Hamdin serta isteri sangat faham dengan perangai kanak-kanak lelaki.
“ So, nanti due date ibu dan abah dah sampai pergi umrah.  Mirul kena hantar Ainaa terus ke Makcik Asrafiah? ” tanya Ammirul penuh tanda tanya.
“ Tak perlu, nanti pakcik Hamdin dan makcik Asrafiah akan datang ke KLIA. ” senyuman di ukir, dapat di baca kerisauan yang mula merajai jiwa anak terunanya.
“ Dah, cepat siap.  Ibu dah janji pukul 10 pagi ini nak sampai ke sana ” sambung Puan Najjah.
            Ammirul bergegas ke bilik untuk menukar pakaian.  Kurang 10 minit, Ammirul segera membawa ibu dan Ainaa bertemu dengan Makcik Nurul yang merupakan salah seorang pegawai yang menguruskan program umrah.
            Kelihatan lebih 50 orang jemaah yang menyertai program umrah. Jarum jam menunjukkan pukul 11 pagi.  Jemaah faham dengan prosedur sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekkah.
Kelibat seorang gadis muncul dan mula bersalaman dengan Puan Najjah serta Puan Asrafiah yang turut berada di sampingnya.
Ammirul Hafsyam masih leka melayan game di telefon bimbitnya.
"Mirul, mari sini kejap" kedengaran suara Puan Najjah memanggil Ammirul Hafsyam.
"Kenapa ibu?" Ammirul masih tidak menyedari kehadiran gadis di belakang ibunya.
"Ni, ibu nak kenalkan.  Ni lah Nur Ain Ilmiah, yang ibu panggil Mia tu"
Mata Ammirul Hafsyam sempat menyapa kehadiran Mia.  Mereka hanya tunduk hormat.
"Ok" pendek sahaja jawapan Ammirul Hafsyam, segera pandangannya kembali teralih pada telefon bimbitnya.
"Ish budak ni" bisik hati Puan Najjah yang pening dengan sikap anak lelakinya yang masih belum terbuka hati menerima mana-mana gadis setelah putus cinta dahulu.  Buktinya, Mia lansung tidak di ajak berbual.  Sebaliknya, Ammirul leka menyambung bermain game di telefonnya.
            Jadual penerbangan ke Jeddah pada jam 3 petang waktu Malaysia.  Ramai keluarga dan teman rapat membanjiri ruang legar sekitar KLIA.  Dari jauh kelibat Encik Hamdin dan isteri menghampiri.  Encik Shukri dan Puan Najjah menyambut kehadiran mereka dengan senyuman.  Mereka berbual sementara menunggu prosess pemeriksaan passport oleh pihak pengurusan.
“ Shuk, semoga beroleh umrah yang barakah.  Doakan kami semua ” Encik Hamdin begitu akrab dengan Encik Shukri sehingga mempunyai nama panggilan.
“ Thanks Din.  Amin ya Rabb. InsyaAllah.  Tolong jagakan puteri kesayangan aku ni. Kami harap kau boleh bantu jagakan selama 2 minggu.  Apa-apa terjadi, jagakan Ainna untuk kami.  Ammirul kerja, dia mungkin tak dapat jaga sebaiknya.  Aku dengan Najjah risaukan anak bongsu kami.  Kau fahamkan maksud aku ” nada serba salah mula membuatkan suasana kelihatan sedikit sebak.
Bahu Encik Shukri di tepuk lembut.  Puan Najjah dan Puan Asrafiah hanya diam mendengar butir bicara dari Encik Shukri.  Ainaa di sisi kelihatan bermain-main dengan anak patung yang di beli di kedai sekitar KLIA.
            “ Kau ni. InsyaAllah, semua akan selamat.  Don’t think too much.  Aku  dan Asrafiah akan jaga amanah kau.  Lagipun Ainaa pun macam anak kami sendiri.  Kita kan dah macam adik-beradik.  Yang penting kau fokus dengan ibadat kau di sana.  Semoga ibadah kau dan isteri di terima. InsyaAllah ” Encik Shukri dan Encik Hamdin berpelukkan.  Terharu dengan keprihatinan dan kesudiannya yang sering membantu tatkala Encik Shukri dalam kesusahan.
            Usai solat Zuhor secara jamaa.  Kesemua jemaah mula meninggalkan ruang legar dan mula bergerak menuju ke pesawat.
“ Jangan risau, kami akan jaga Ainaa dengan baik, insyaAllah ” Encik Hamdin memberi jaminan.
“ Terima kasih banyak pakcik, makcik. Semoga Allah memberkati kalian berdua. ” Ammirul sempat mengucup dahi Ainaa. Ainaa sudah di buai mimpi ketika di beri susu formula sebelum ibu bergerak meninggalkan perkarangan balai berlepas sebentar tadi.  Pakcik Hamdin mula mendukung Ainaa dan membawa Ainaa ke parker kereta.
Nur Ain Ilmiah di temani rakan-rakan matrikulasinya.  Mereka kemudiannya berpakat ke ibu kota untuk menghadiri pesta buku di KLCC sebelum pulang ke rumah orang tua kawanya di Setapak.
 Esok mereka perlu pulang ke Matrikulasi Melaka semula.  Jauh dalam hati Ilmiah, tertawan melihat anak Makcik Najjah.  Selama ini dia bertandang ke rumah Makcik Najjah, dia hanya melihat wajah Ammirul Hafsyam di potret-potret di ruang tamu di kediaman Makcik Najjah.  Di pendam sahaja minatnya itu dan memberi fokus untuk ke pesta buku.  Sempat lagi Ilmiah berdoa dalam hatinya “ Ya Allah, andai dia jodohku.  Maka satukanlah kami”.
***
" I nak nikah tahun ni jugak, no excuse.  I benci dengar alasan. "
" Boleh tak kalau kita nikah after kita dah habis belajar, atau dah nak dekat habis belajar? "
" No way, I tak nak "
" Kenapa? "
" Habis tu, before nikah tu you boleh tunggu? Tak boleh ada lansung contact until I habis belajar, takda ikatan yang halal between us.  6 tahun,  boleh? Plus, you cannot pretend like you are my boyfriend at all .  Kalau you tak sanggup, I tak nak dengar alasan.  Faham? Nak dengar I marah-marah ke? Listen, I tak nak paksa you, if you ambil isu ni sebagai isu mudah, better we end this relationship"
" Tak nak, I nak you cakap lembut-lembut dengan I.  Sejuk hati I dengar.  Kenapa you cakap tak boleh berhubung lansung? "
“ Ya lah, kalau kita tak bernikah.  Rindu-rindu tu boleh mendorong kepada zina hati, tengok gambar or tengok guna webcam dah boleh mendorong kepada zina mata, kalau berpegang-pegang tangan  lepas tu peluk-peluk, lama-lama dah zina lain pulak jadinya.  Do you ever read all this things? Sekarang zina ni dah macam penyakit yang tiada ubat selain back to Islam ”
“ Ya, maafkan I. I khilaf ”
" So, if you tak serius dengan I, jangan nak bercinta dengan I.  I tak mahu la bercinta-cinta, couple tanpa ikatan halal ni.  Malu dengan Allah, sebab apa? Ye la, eksyen bagus 'in relationship' or 'engaged' la konon kat Facebook.  What a shame la remaja yang tak serius tetapi menggatal nak bercinta! Kalau berani dan serius, jom nikah la.  Imaging, student study with halal relationship with another student study with not halal relationship.  Which one will get barakah, you tell me now. "
" Maafkan I, tapi you cakap I ni teruk, munafik and stupid.  Kenapa you nak I lagi? You deserve a better man than me "
" Macam mana I tak panggil you munafik, teruk dan stupid if you cakap tapi tak tunaikan.  Then, you nak buat keputusan untuk peringkat umur kita pun teragak-agak.  That's why, I nak you berubah and malu dengan Allah SWT if you cintai I tanpa tujuan yang halal. I’m not intrested, if you tak bersungguh-sungguh, you boleh cari wanita yang sekufu dengan you"
" Please, maafkan I "
" Don’t talk rubbish to me, what I want tahun ini jugak nikah.  End of story, nikah dengan I tapi tak payah bagi nafkah zahir dan batin selama 6 tahun i belajar di Mesir sebab kita berjauhan.  Tapi you boleh bagi anytime you nak.  Di Malaysia or di Mesir, either one. Duit pun tak payah bagi, I ada duit scholar MARA.  Kalau nak bagi juga, RM50 sebulan pun dah cukup untuk I.  Sesuai dengan status kita sebagai pelajar.  Yang penting ikatan halal ".
Kelihatan perbincangan melalui telefon semakin panas.  Wajah ayu Alya Sofia bertukar serius.  Mahu sahaja dia 'masukkan' tangannya kedalam telefon bimbit blackberry nya dan tampar pipi Azman Atho'illah.  Lelaki ini betul-betul menguji tahap kesabarannya sebagai wanita muslim.
" Habis, macam mana nak tahan nafsu? ", suaranya sayup-sayup memohon simpati.
" You berpuasa je, InsyaAllah you mampu tahan.  Sepanjang I belajar kat sana, you buat persiapan diri you untuk jadi suami I yang terbaik.  Kalau rindukan I, I balik Malaysia atau you datang Mesir.  Ok? " Alya cuba mengawal intonasi suaranya mengikut butir kata yang di keluarkan melalui telefon.
" Kalau I berpuasa, you pun puasa jugak?  "
" Ya, I pun akan puasa untuk tahan nafsu.  Yelah, you takut nak nikah cepat-cepat, takut I pregnant kan? So kita nikah awal-awal tapi tak payah la ada hubungan intim.  You nak camtu? I ikut je.  Hmm.  Ok, I akan tetap balik Malaysia nanti untuk hiburkan hati you atas tiket sebagai isteri you yang halal.  Kalau kita bermesra sekalipun, orang-orang sekeliling tak boleh nak questioned.  Hell on la, kita dah menikah on that particular time "
" Ok. I tak takut pun you pregnant awal.  I suka kalau kita ada anak awal.  Cuma nanti I rindukan you.  Nanti kita akan hidup berjauhan "
" Bagus, I nak guna kematangan I untuk selamatkan you.  Selamatkan you dari menanam benih-benih cinta yang tidak mendapat redha ibu bapa you.  Hubungan ni pun you sorok-sorok dari parents.  Dimana lah kita nak dapat redha Allah wahai Azman kalau redha ibu bapa kita tak dapat.  I dah explain pada umi dan abi tentang ni.  Alhamdulillah mereka ok "
" Ok, I faham "

(to be continue in NOVEL)

thanks for reading.

love,
Zeeshan Heikal