Monday, July 9, 2012

Quick share #3

Thursday, July 5, 2012

Quick share #2


truly yours,
Zeeshan Heikal

Quick share #1


truly me?
Zeeshan Heikal

Tuesday, July 3, 2012

nikah this year?

salam.

buat u-know-who (voldermort)
hehe..
tak la.. to my future imam muda.
as i also not so sure who.
(banyak choice, tapi tak SURE mana satu yg betul2 saya confirm)---> relaks lah!
this note i dedicate to u.

bismillahirahmanirrahim (phewww, dah lama tak tulis surat cinta/jiwang ni)

saya bersyukur sgt sbb awk sudi nak ambil saya sebagai insan yg awk panggil isteri.
saya harap apa yg awk janji dekat abi saya, awk boleh tunaikan.
plus, lebih di ingat lagi janji yg awk baca ketika lafaz taklik nanti.
pjanjian dgn Allah, brtngjwb mjaga saya sebaiknya..

sbb saya pasti, pernikahan kita kelak bukan satu cobaan mahupun gurauan.
temetrainya ijab & qabul nanti adalah tanda saya akan patuh kpd awk selepas saya patuh segala suruhan Allah.

kalau awk main2, saya tak agak2 suruh abang2 saya belasah awk sampai LUNYAI~
;)
dont u dare.
hehe...

pertama sekali, awk kwin dgn saya jangan sbb kecantikkan.
sbb kecantikan saya akan pudar bersama masa.
meskipun kecantikan itu perlu untuk dapatkan zuriat yg baik.
itu bukan jaminan syurga yg kita cari nanti.

tapi nikahilah saya kerana agama yg saya pegang ni.
meskipun di mata orang saya di gelar ustazah, sungguh saya masih kosong untukmemegang gelaran itu.

insyaAllah kalau setakat makan awk tu, anytime je boleh saya masakkan.
al maklumlah,saya ni gemar sangat cuba resipi itu ini.
lagi satu, saya ni bawak kereta laju.
so, kalau awk rasa nak hidup lama, janganlah suruh saya drive.
hehe...
;p

kalau awk tak berapa kisah tentang aurat, jangan risau.
saya akan kisah.
saya tak akan biarkan api neraka ratah badan awk nanti.
insyaAllah.

plus,maaflah saya tak seksi macam ge-girl kat luar tu.
tapi, saya janji untuk seksi dalam rumah.
dont worry.
hua3.
(adoi, bende hape ni?)


jangan risau, saya takda masa nk pikir hal awk kaya ke tidak before jadi suami saya.
sbb, saya dah baca sirah hidup siti khadijah & muhammad.
mereka bahagia.
tapi dgn syarat awk tak boleh ada penyakit malas.
kalau malas, saya akan goreng awk mnggunakan suhu 360 degree celcius dalam kawah besar.
^_^
kalau kira kaya, lebih baik saya tunggu putera wiilliam atau putera2 jordan tu.
tapi saya pilih awk.
kan2?

asalkan niat awk ikhlas & awk memang nak jaga maruah seorang wanita,
insyaAllah saya akan jaga kehormatan saya untuk perkahwinan kita.
besides,
kalau saya ni emo, awk kena lah faham.
itu tandanya mood swing dah nak datang.
apa kata awk belikan coklat ke, kek coklat ke.
sbb tu jelah cara nak pujuk saya.
serius~~~~~~
*siyes shwiiittt!

awk jangan risau, saya dah kurangkan sifat baran saya.
plus semua ilmu pertahankan diri saya tak akan keluarkan untuk awk.
if u dont mess up with me la.
:)
saya nk jd wanita manja & sweet di mata awk.
plus, kawin nanti. sila panggil saya > baby~
(hehe, poyo seyh)
walaupun saya dah jadi nenek.
tetap kena panggil baby.
hehe.
(nenek tak malu!)
;p

lagi yg penting, saya ni cita2 besar mengalahkan dinosour.
saya nak jadi doktor pakar forensik> post mortem mayat.
ala, yg bedah2 mayat tu.
heee~
so, saya perlukan suami yg menyokong minat saya ni.
asalkan awk ikhlas, saya cuba untuk beri perhatian kat awk.
kalau saya busy, apa kata awk bawak anak2 kita dinner kat hospital je.
kan sweet.
;)

meskipun busy, saya akan pastikan anak2 atau awk akan saya jaga keperluannya.
dan saya akan pastikan kita sekeluarga solat jemaah at least 1 waktu solat.
:)
saya mohon restu awk untuk sokong minat saya dalam bidang ni.
next, awk kena tahu yg saya ni part time penulis.
eventough awk umpan saya itu ini, saya tetap tak bagi awk baca manuscript origninal.
awk tidak di benarkan selongkar laptop saya.
tapi awk boleh selongkar handphone saya.
& selongkar laptop saya masa saya ada je.

one more thing, jangan risau kalau saya curang.
sbb saya failed subjek tu.
lagi satu, tak da lelaki yg nak wife keje kat bilik mayat except awk.
heee~
so, kebarangkalian untuk saya mghadap lelaki lain adalah tipis.
tambah2 kalau awk ni sweet muweet.
ops, saya ni cemburu tau.
kalau isteri nabi pun cemburu apetah lagi saya yg nuraliah bt helmi ni.
;)
kalau awk bagi saya cemburu, awk balik rumah. awk tengok la TV sorang2, saya tak nak teman.
*lantak p kat ang!
;p


dengan saya, awk tak boleh campak baju busuk sesuka hati merata2 tempat.
kalau tak, saya dengan senang hati akan masukkan awk dalam mesin basuh baju.
heeee~
;B

lagi nak cakap ape ye,
hmm..
kawin dgn saya, penuh dgn kejutan.
siapa suruh kawin dgn penulis novel part time ni.
hehe..
tu je kot.

mendoakan kita dapat keluarga yg sakinah, mawardah wa rahmah.
amin ya Rabb.



-sooryyy. saya memang tak reti tulis surat cinta-


thank you so much.
-aliahelmi/ zeeshan heikal-

Tuesday, June 26, 2012

penghargaan buat MEREKA

 (maafkan saya, semenjak sekolah. tulisan saya tak pernah cantik)
^_^

Assalammualaikum wtbh & selamat sejahtera,
hari ni ZH amik peluang untuk type entry tentang penghargaan buat mereka yg sentiiasa menyokong 'part time JOB' ZH as penulis.

saya nak berkongsi pengalaman sepanjang menulis.
bila saya katakan saya seorang penulis, ramai menganggap saya ni KAKI NOVEL.
maafkan saya. novel sekolah pun saya baca summary je. ape pulak nak jadi kaki novel.
saya bukanlah penggemar novel.
sepanjang membesar menjadi remaja ni, tak sampai 5 buah novel saya habiskan.
saya cuma lebih berminat membaca buku motivasi & berbentuk ilmiah sahaja.
pada pertama kali menulis novel adalah satu platform saya mencabar kemampuan diri untuk bereksperimentasi dengan kosa kata dan meneroka lebih tentang maklumat.
plus zaman sekolah, cikgu2 sering memerli saya tentang tulisan tangan saya yg di katakan 'cakar ayam' ni.
:)
namun, saya berjaya buktikan yg tulisan cakar ayam itu mampu dapat A ketika PMR dan A1 ketika SPM.
^_^
hehe...

pertama kalinya buat umi & abi yg menyokong, meskipun di 'ugut' untuk memberi fokus pada pengajian Medical Science pada tahun asas & MLT ketika dah further study.
"kamu, jangan nak tulis2 novel time belajar. fokus dulu study. nanti cuti sem, baru menulis"
TQSM umi & abi. love you both. buat adik beradik yg jadi kawan tarik rambut, guling2 gaduh & so on.
serta buat kaum famili yang jauh di mata tapi dekat di hati.
buat marwan suhaimi, sepupu yg baik hati. kerana sudi meminjamkan printernya untuk saya print novel saya> hardcopy. TQSM dik.
^_^

novel ini juga saya dapat inspirasi dari abang kandung saya yang mendirikan perkahwinan ketika usianya menginjak 22 tahun.

seperti novel lain, novel saya tertumpu pada usia muda, perkahwinan usia muda & pergolakkan antara meneruskan cita-cita & pada masa yg sama mencari solusi kepada hubungan lebih jelas & HALAL di sisi Islam. novel ni khas untuk anak muda & buat ibu bapa yg baik hati (di cintai, muah2)
hehe..

terima kasih tak terhingga buat teman2 sepejuangan dalam bidang medic yg berada di Tanta, esp; Cik Roslinda, encik Rossi, encik Fahmie, cik Adlyana & semua.
kerana membantu memberi GAMBARAN background Tanta untuk tema novel saya.
terima kasih atas jasanya.
insyaAllah, kalian balik je Malaysia. saya belanja Tiramisu atau makan best2!

terima kasih juga buat teman2 penulisan, encik taufik, encik danial, encik amirul kerana sudi membantu saya dalam membetulkan bahasa & memberi panduan tentang menulis melalui hati.
terima kasih kerana sudi bekerjasama dgn saya sepanjang penulisan saya..
terima kasih atas sumbangan.

buat teman2 di sekolah dulu, kampus (MSU & UNISEL).
terima kasih juga buat kwn baik saya Balqis sobri yg tak lekang2 mendoakan novel saya berjaya di pasaran nanti & memberi sokongan moral. juga kawan baik saya di Nebraska, nadzreen kamal yg selalu dgr saya berceloteh 'novel itu, ini & bla.bla.." hehe..

buat insan yg pernah menyakiti hati saya, saya turut coretkan kisah anda untuk pedoman kita semua. bukan niat untuk memburukkan sesiapa, tetapi untuk pedoman bersama.

terima kasih juga buat bakat muda graphic designer, sharmil & danial yg menyumbang idea untuk front cover novel saya.
:)

buat pembaca setia & follower blog saya serta pembaca dari seluruh dunia, US, India, Egypt, Russia, Germany, Indonesia, Singapura, UK, Australia, Brazil, Souh Korea & dari Malaysia.
^_^

i know you are following my blog.
hihi..thanks.

insyaAllah, once novel almost di release & launch.
saya akan maklumkan di blog, FB & twitter.
jemput sangat kalian hadir.
tarikh, masa & tempat akan di beritahu kemudian nanti.
insyaAllah.
 novel yg saya simpan hampir 3 tahun ini akan di bukukan dan di pasaran di mana2 kedai buku nanti, insyaAllah.
semoga usaha ni mendapat berkat dari Allah.

akhir kata, saya tinggalkan dgn quote novel saya;
"sesungguhnya pintu ini di ketuk oleh tangannya yang mengenggam agama"

again,
terima kasih kepada semua yg terlibat secara lansung & tidak.



ikhlas dari saya,
Nuraliah Helmi @ Zeeshan Heikal
2012

Monday, June 18, 2012

bernikah-lah, kalau.....

(sekadar gambar hiasan)




salam & hello~

Allah swt berfirman di dalam Al-Quran;
"la takrabur zinaaaa..."
(janganlah kau dekati zina)

zina bahasa mudahnya ialah perbuatan yg boleh mendorong kepada penyakit hati yg membabitkan pergaulan bebas antara lelaki & wanita & pada akhirnya akan lahirlah penyakit sosial yg di panggil> maksiat.

dari ayat ini sangat jelas, perbuatan itu tidak bermakna duduk di atas katil sehingga terjadinya hubungan sulit.
MALAH,
perbuatan ke arah itu juga di larang dalam Islam.
seperti berdua-duan, berpegang tangan, berhubungan tanpa asas yg kukuh, berbuat sesuatu yg boleh menaikkan ghairah seseorang (syahwat).

dalam pelan tindakkan yg Islam panggil AKHLAK, larangan apa sahaja aktiviti yg boleh menjerumus ke arah zina itu adalah berdosa.
get it?

untuk mengurangkan masalah zina mata, zina hati, zina telinga, zina tangan ataupun zina kemaluan..
perlu ada pendekatan untukmenyelesaikan masalah ini.
yakni dengan pernikahan.
kerana Allah sudah menjanjikan dengan pernikahan kehormatan seseorang itu akan terjaga dan terpelihara dengan baik.

namun, realiti muda mudi kini seolah2 di lambung ombak Tsunami cinta, masing2 berebut untuk bernikah lantas untuk menjauhi zina/maksiat.

hakikatnya, sejauh mana persediaan muda mudi dalam mencuba meraih cinta si dia melalui belas cinta dari DIA Yang Maha Esa?

persediaan boleh saya kategorikan kepada 4;
1. persediaan KUKUH ilmu Islam. eg, solat, mengaji, hukum agama.
2. persediaan mental & fizikal. eg, kena kerja extra kuat, kena pandai bahagi masa, kena sabar, kena matang.
3. persediaan ekonomi. eg, simpanan kewangan kita.
4. persediaan memikul tanggungjawab hidup berkeluarga & pelajaran.

saya anggap, kalau salah 1 dari persediaan di atas tiada.maka akan 'tempang' lah sebuah institusi perkahwinan pasangan tersebut.

jangan kata kalian saya yang ingin berkahwin awal, saya juga menyimpan impian untuk bernikah awal.
tapi ada 4 di antara kriteria persediaan tu saya tak cukup lagi, makanya saya simpan dahulu perasaan cinta itu dan memberi fokus pada persediaan yg telah saya tetapkan.

boleh saya klasifikasikan diri saya seorang yang berdikari. saya tidak suka bergantung pada orang lain dalam mencapai cita2 saya.
jesturu, saya tidak mantap lagi dalam persediaan dari segii eskonnomi & mental/fizikal.
kerana saya meletakkan diri,sekiranya saya sudah cukup matang untuk menggalas tekanan mental/fizikal serta kewangan, saya perlu berusaha.

saya tidak akan menggunakan se-sen duit dari ibubapa saya. kerana, perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan keluarga, sebaliknya menyenangkan keluarga. samada keluarga saya mahupun keluarga dia.
justeru, jika bercakap mengenai perkahwinan semata-mata, tanpa ada USAHA dan PERSEDIAAN , mohon hentikan kata2 yg berangan2 untuk mencari pasangan.

kita sama sekali tidak layak bernikah,andai solat 5 waktu kita tidak tahu. serta kita bukan yg penyabar, tidak matang, tidak reti memikul tanggungjawab dan tidak cukup kewangan.

saya list down senarai budget kewangan untuk majlis nikah,
sbaik2nya RM 5K ada dalam tangan.
its not that hard to collect money in that amount.
:)
if you know erti berjimat.
^___^

then untuk majlis walimah,perntukkan both side around RM15K, kalau tetamu ramai.
kalau tak ramai bajet RM 10K both side.

saya berani katakan kalau ke 4-4 persediaan ni ada, semua ibubapa akan beri GREEN LIGHT untuk anak mereka bernikah awal.

masing2 perfoms belajar.ada duit simpanan, pandai pikul tanggungjawab, tahan menempuh rintangan hidup berkeluarga serta mempunyai asas agama yg baik.
kahwin bukan platform bermain 'masak2' untuk cuba & suke2..
ini adalah fasa menjadi matang dari usia kita & sedia memikul tanggungjawab yg telah Allah amanakah.
kerana perkahwinan itu Allah yg syariatkan & sunnah dari nabi Muhammad untuk kita ramaikan umat.
jadikan pernikahan itu sebagai satu medium untuk meningkatkan rasa TAQWA (rasa takut) kepada Allah.
^__^

so, back tou ourselves.
improve diri.
buat yg terbaik.
bernikahlah kerana Allah, insyaAllah Dia akan permudahkan urusan kita semua.
trust Him.
Allah knows better, & we are not.

wallahualam.


love you like a love song,
ZH

Monday, June 11, 2012

tips menulis


 (sorry, tangan saya tak secantik tangan awak, tak selembut tangan model2)
:p




salam & hye.

nak tips menulis?
yelah. sesetengah penulis tak suka kongsi2 tips.
al maklumlah...jaga penulisan.
maklumlah tak SUDI!
not me.hehe...
come on, lets go! meh kongsi2 idea & tips.


okey.
1st, biar ada 'MAKANAN RUGI' penulisan.
mesti ada strong bck up story line.
bila orang tanya, awk dgn konfident jwb soalan mereka.
just like me;
"awak tulis tentang ape zeeshan,tema ape?"
me;
"tema novel saya, pernikahan usia muda. & berjuang menuntut ilmu"

2. no need to rush. take ur time to deliver the storyline well.
saya mengambil masa 3 tahun menyiapakn my baby soulmate.
mula menulis dr umur 19.
now?
i'm 21.
sebab kalau rush2, nanti idea se-pattern je. citer bosan.
kalau boleh, explore lagi tentang jalan cerita tu.
explore banyak-banyak.

3. buat reaseach.
jangan tulis 'sampah' dalam novel. bagi isi biar ada point. & point tu biar something that people dont know. something new;
eg dlm novel saya , saya describe tentang susana winter & summer di Tanta serta tempat serta kawasan sekitarnya. plus tentang Tahrir book fair festival. :)

besides, saya cuba lari dari menulis tentang Al-Azhar di Cairo.
tapi saya pilih bumi Tanta sbg tema novel. jadi saya perlu buat homework untuk menulis situasi di sana.
credit to all medic stud di Tanta yg bantu saya.
lebiuuuuuuu..

4. cari tempat yg kena dengan soul korang.
kalau saya, saya prefer tempat yg ramai orang tapi tak bsing & mesti ada ice cream.
for example> McD.
:)
atau saya akan 'melepak' di taman permainan & kwsnnya hijau serta permai.
:)

5. bagi lah kawan2 baca sikit2 preview novel/karya you alls.
sebb, nanti dorang boleh kritik korang kalau ada apa2 salah eja/maklumat.
AMARAn: bagi baca sikit2 je... jangan bagi SEMUA tau!
plus jangan segan untuk ubah, dan olah baru.
dan jangan meleret2 sangat penulisan.
nanti budak muda2 tak suka baca.
tulis simple & senang.
ok?
sbb saya antara generasi muda yg tak suka penulisan yang meleret2 ni. bosan okey.
ape celoopp!
hihi....

6.  penulisan kita mesti ada target pembaca. so, kena ikut betul2 sasaran & citarasa mereka.
jangan malu bertanya.
& work hard ok?
agak2 blur jgak, baca Quran & berdoa pada Allah/Tuhan moga banyak idea datang.

7. akhir kata, cari sumber inspirasi. kalau mcm scene sedih, saya akan dgr lagu sedih untuk bangkitkan mood sedih menulis.
kalau happy pun sama jugak.
:)

hihi



tu je folks.
:)

happy Monday!
^_^
AYAT UNTUK HARI NI;
"tak se-MESTI-nya kita bersembang kita akan kawin, tapi kalau kita kawin kita MESTI sembang-sembang, kan?"

-jodoh itu milik Allah swt, rahsia Allah. my dua' always be with all of you.-
ameen~


-nuraliah bt helmi aka. zeeshan heikal-