Monday, June 18, 2012

bernikah-lah, kalau.....

(sekadar gambar hiasan)




salam & hello~

Allah swt berfirman di dalam Al-Quran;
"la takrabur zinaaaa..."
(janganlah kau dekati zina)

zina bahasa mudahnya ialah perbuatan yg boleh mendorong kepada penyakit hati yg membabitkan pergaulan bebas antara lelaki & wanita & pada akhirnya akan lahirlah penyakit sosial yg di panggil> maksiat.

dari ayat ini sangat jelas, perbuatan itu tidak bermakna duduk di atas katil sehingga terjadinya hubungan sulit.
MALAH,
perbuatan ke arah itu juga di larang dalam Islam.
seperti berdua-duan, berpegang tangan, berhubungan tanpa asas yg kukuh, berbuat sesuatu yg boleh menaikkan ghairah seseorang (syahwat).

dalam pelan tindakkan yg Islam panggil AKHLAK, larangan apa sahaja aktiviti yg boleh menjerumus ke arah zina itu adalah berdosa.
get it?

untuk mengurangkan masalah zina mata, zina hati, zina telinga, zina tangan ataupun zina kemaluan..
perlu ada pendekatan untukmenyelesaikan masalah ini.
yakni dengan pernikahan.
kerana Allah sudah menjanjikan dengan pernikahan kehormatan seseorang itu akan terjaga dan terpelihara dengan baik.

namun, realiti muda mudi kini seolah2 di lambung ombak Tsunami cinta, masing2 berebut untuk bernikah lantas untuk menjauhi zina/maksiat.

hakikatnya, sejauh mana persediaan muda mudi dalam mencuba meraih cinta si dia melalui belas cinta dari DIA Yang Maha Esa?

persediaan boleh saya kategorikan kepada 4;
1. persediaan KUKUH ilmu Islam. eg, solat, mengaji, hukum agama.
2. persediaan mental & fizikal. eg, kena kerja extra kuat, kena pandai bahagi masa, kena sabar, kena matang.
3. persediaan ekonomi. eg, simpanan kewangan kita.
4. persediaan memikul tanggungjawab hidup berkeluarga & pelajaran.

saya anggap, kalau salah 1 dari persediaan di atas tiada.maka akan 'tempang' lah sebuah institusi perkahwinan pasangan tersebut.

jangan kata kalian saya yang ingin berkahwin awal, saya juga menyimpan impian untuk bernikah awal.
tapi ada 4 di antara kriteria persediaan tu saya tak cukup lagi, makanya saya simpan dahulu perasaan cinta itu dan memberi fokus pada persediaan yg telah saya tetapkan.

boleh saya klasifikasikan diri saya seorang yang berdikari. saya tidak suka bergantung pada orang lain dalam mencapai cita2 saya.
jesturu, saya tidak mantap lagi dalam persediaan dari segii eskonnomi & mental/fizikal.
kerana saya meletakkan diri,sekiranya saya sudah cukup matang untuk menggalas tekanan mental/fizikal serta kewangan, saya perlu berusaha.

saya tidak akan menggunakan se-sen duit dari ibubapa saya. kerana, perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan keluarga, sebaliknya menyenangkan keluarga. samada keluarga saya mahupun keluarga dia.
justeru, jika bercakap mengenai perkahwinan semata-mata, tanpa ada USAHA dan PERSEDIAAN , mohon hentikan kata2 yg berangan2 untuk mencari pasangan.

kita sama sekali tidak layak bernikah,andai solat 5 waktu kita tidak tahu. serta kita bukan yg penyabar, tidak matang, tidak reti memikul tanggungjawab dan tidak cukup kewangan.

saya list down senarai budget kewangan untuk majlis nikah,
sbaik2nya RM 5K ada dalam tangan.
its not that hard to collect money in that amount.
:)
if you know erti berjimat.
^___^

then untuk majlis walimah,perntukkan both side around RM15K, kalau tetamu ramai.
kalau tak ramai bajet RM 10K both side.

saya berani katakan kalau ke 4-4 persediaan ni ada, semua ibubapa akan beri GREEN LIGHT untuk anak mereka bernikah awal.

masing2 perfoms belajar.ada duit simpanan, pandai pikul tanggungjawab, tahan menempuh rintangan hidup berkeluarga serta mempunyai asas agama yg baik.
kahwin bukan platform bermain 'masak2' untuk cuba & suke2..
ini adalah fasa menjadi matang dari usia kita & sedia memikul tanggungjawab yg telah Allah amanakah.
kerana perkahwinan itu Allah yg syariatkan & sunnah dari nabi Muhammad untuk kita ramaikan umat.
jadikan pernikahan itu sebagai satu medium untuk meningkatkan rasa TAQWA (rasa takut) kepada Allah.
^__^

so, back tou ourselves.
improve diri.
buat yg terbaik.
bernikahlah kerana Allah, insyaAllah Dia akan permudahkan urusan kita semua.
trust Him.
Allah knows better, & we are not.

wallahualam.


love you like a love song,
ZH

0 comments: