*ucapan ini telah saya titipkan dalam ruang penghargaan
dari penulis
BISMILLAHIRAHMANIRAHHIM..
Syukur nyawa di beri untuk terus melestarikan bumi
pinjaman ini. Terima kasih atas nikmat nyawa yang tiada
tandingnnya. Terima kasih Allah. Selawat dan salam buat
pemberi syafaat. Terima kasih buat umi dan abi yang
memberi asuhan agama dan terus mengajar erti sebuah
cinta. Buat along, angah, alang, uda dan Qilah yang tidak
pernah jemu melayan karenahku mengalahkan first lady.
Buat sahabat baik, Ammirul dan Taufik yang sudi
menyerikan lagi Soulmate dengan kata-kata indah dari
kalian. Sharmil Zainuddin yang bermurah hati menjadikan
lakaran novel di terjemah melalui kulit muka Soulmate.
Teman-teman dan follower di blog imsnovelis.blogspot.com.
Syukran jazilan buat bakal doktor-doktor muda dari Tanta
yang sudi menjadi ‘connector’ bumi Tanta buat bacaan
semua. Akhir sekali, buat hati-hati yang sentiasa memerhati
diri ini. Mohon mendoakan kejayaan agar tarbiah berseni itu
hadir dalam diri untuk sama-sama dirasai. Allah Hafidz.
Wallahualam.
-Zeeshan Heikal-
Kadangkala
kita selalu tertawa sehingga terlupa, duka pasti datang menyusul untuk mencuri
kebahagiaan kita.
Kadangkala
kita terlalu membuang masa sehingga terlupa, kesibukkan akan datang menjelma
untuk mencuri waktu senang kita.
Kadangkala
kita sering berdoa sehingga terlupa, doa yang di selangi maksiat itu akan
terbiar terapung-apung di awangan.
Kadangkala kita sering mengeluh sehingga terlupa, usaha yang kuat mampu membina segunung kejayaan.
Kadangkala kita sering mengeluh sehingga terlupa, usaha yang kuat mampu membina segunung kejayaan.
Sesungguhnya
sifat manusia itu tidak akan pernah Qudus.
Seringkali terlupa sehingga Allah menduga kita untuk melihat ketaqwaan
kita terhadap-Nya. Kerana itu kita hanya
di gelar hamba kepada Sang Pencipta.
Ilahi tidak pernah lelah menyambut doa hamba-hamba yang tunduk berdoa
dan bersujud pada-Nya, dengan syarat takwa itu terbenam di seluruh pelusuk
hatinya.
*tak boleh tidur, sbb jadi 'nanny' kpd kucingku si gegirl.
penat betul jadi 'mak angkat'...hehe
Allahuakhbar
0 comments:
Post a Comment