Assalammualaikum & salam sejahtera.
:)
maafkan saya sebab terlupa nak update blog tentang 15 alasan untuk kita rindukan Ramadhan.
Ramadhan ialah bulan yang paling di nanti-nantikan oleh penganut beragama Islam.
Ramadhan di gambarkan lebih baik dari seribu bulan.
Besides, kesemua 'makhluk perosak' seperti syaitan, iblis, jin & anak cucu dey olls, takda.
Akan di ikat dan di belenggu...
Dalam Quran ada menceritakan tentang dialog Rasulullah dengan iblis tentang puasa.
Baginda menyoal iblis "wahai iblis! apabila umatku berpuasa dengan nama Allah, apakah engkau rasa?"
Maka iblis menjawab " Ya nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada aku, kerana apabila masuknya bulan ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Arsy dan kursi, dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka-mereka yang berpuasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah swt dan Allah swt mengampuni segala dosa yang telah lalu dan di gantikan dengan pahala yang besar dan berlipat kali ganda, dan tidak di tulis kesalahannya selama dia berpuasa. yang menghancurkan lagi hati aku ialah segala isi langit, bulan, bintang, malaikat, burung- burung, ikan-ikan di laut dan ikan-ikan di air tawar, juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi ini semuanya mendoakan siang dan malam, malah meminta ampun bagi orang yang berpuasa."
(SUMBER BUKU, HIMPUNAN CERITA-CERITA WANITA DAN LAKI-LAKI DALAM QURAN DAN HADIS)
ok, antara sebab kenapa kita perlu miss youuu ----->>> Ramadhan.
1.Getaran Jiwa
" Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagimana di wajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(al-Baqarah: 183)
-jalan keluar dari masalah
-di cukupkan keperluannya
ketenangan jiwa & tidak bersedih hati
2. Bulan Pengampunan Dosa
Hadis di riwayatkan oleh Bukhari Muslim dan Abu Daud , Nabi Muhammad saw bersabda;
" Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya di ampuni"
3. Pahalanya di lipat-gandakan!
Rasulullah bersabda;
"Setiap amal anak keturunan Adam di lipatgandakan. Tiap satu kebaikkan sepuluh lipatgandanya hingga tujuh ratus lipatganda" (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
4. Pintu Syurga Dibuka dan Pintu Neraka Ditutup
"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan di belenggu" (Hadis Riwayat Muslim)
5.Ibadah Istimewa
Melalui Hadis Qudsi;
"Setiap amalan anak Adam itu dirinya, kecuali puasa. itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku" (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
6. Dicintai Allah swt
Hadis Qudsi;
"Kalau Aku mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya,menjadi pegangan untuk tanggannya, menjadi langkah untuk kakinya" (Hadis Riwayat Bukhari)
7. Doa di kabulkan
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku"
Al-Baqarah 186
8. Turunya malam Lailatul Qadar
Pada bulan Ramadhan Allah swt menurunkan satu malam yang sangat mulia. tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan. Di katakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Quran di turunkan, Kedua, begitu banyak anugerah Allah turunkan pada malam itu.
Tanda lailatul qadar;
"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar"
(Surah Al-Qadr: 4-5)9. Meningkatkan kesihatan
Pada hari biasa, alat-alat dalam sistem pencernaan akan berkerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. 4 jam di proses dalam perut, dan 4 jam di dalam usus kecil. Jika kita bersahur seawal jam 4 pagi, jam 12 tengahari proses pencernaan sudah selesai dan berbuka , lebih kurang sama proses pencernaannya, jadi proses pencernaan mengalami istirehat yg TOTAL.
:)
10.Penuh Harapan
"Setiap orang yang berpuasa selalu mendapat kegembiraan, iaitu tatkala berbka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya" (Hadis Riwayat Bukhari)
11. Masuk ke Syurga melalui Pintu Khusus, Rayyan.
12. Minum air telaganya Rasulullah saw.
Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu...Barangsiapa memberi minuman orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus sehingga masuk syurga" (HAdis RIwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
13. Berkumpul dengan Sanak Keluarga dan Sahabat.
14. Qulan Tsaqiilaa
Pada malamRamadhan di galakkan melakukan solat malam dan tadarus Al-Quran. Waktu paling baik menunaikan solat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
In adittion, di tekankan selesai solat malam untuk membaca Al-Quran secara tartil (memahami maknanya)
15. Hartanya Disucikan.
Harta di sucikan melalui dua jenis zakat yakni,
zakat harta, zakat fitrah.
nisbah zakat mengikut keadaan semasa, sila rujuk pusat zakat.
sekian, makkk ehhh..
penat type.
berharap agar rakan-rakan dapat manfaat dari kelebihan bulan Ramadhan ni ..
saya juga berharap, rakan-rakan yang baru bercadang hendak berubah menjadi Muslim yang lebih baik, mengambil peluang bulan RAmadhan ni sebagai platform untuk berubah.
jadikan ianya sebagai 'kick start' kepada dunia yang lebih baik.
Marhaban ya Ramadhan.
Marhaban ya Ramadhan.
Allah Hafidz.
ikhlas,
Zeeshan Heikal (bukan nama sebenar)
hehe..
tc!
0 comments:
Post a Comment